Assalamualaikum.
Mengagahkan diri untuk menulis entry ini. Biarlah bukan ramai follower pun. :)
Adhesion colic. Penangan yang berbisa.
Ya. Saya di admitted lagi untuk adhesion colic. kali ini, lebih serius. selepas kali terakhir di admitted kerana adhesion colic, 9 hari keluar wad, ya saya kembali ke wad yang yang sama untuk di check in. setelah 9 hari bertarung dan mengagahkan diri dengan sakit, muntah muntah yang berpanjangan. kehilangan beberapa kilo, akhirnya saya menguatkan diri untuk ke hospital lagi. Unit kecemasan adalah pilihan terakhir saya.
Allah je yang tahu keadaan saya pada masa tu. Nak jalan pun tak larat. Sakit yang mencucuk, senak, berdenyut denyut memang menggangu saya. Pernah terjaga dari tidur dan kesakitan. Saat tu, hanya mampu menelan painkiller yang memang tak pernah putus dari bekalan. Selera makan kosong. Bila terasa nak makan, suapan ke tiga, kemuntahan.
Malam Sabtu 30/6.
Sakit yang sama. Skala 7/10. tergolek golek sakit. Masa tu kat umah kawan sebab jagakan umah, parents diorang takde. Esoknya ada majlis hari guru. sudah berkira untuk ke klinik paginya kalau sakit tak kurang. nekad.
Pagi Ahad. 1/7
Bangun pagi dengan sakit. Allah, pedih sungguh rasanya. Teah dan Seha ada di rumah. Jam sebelas, mengajak mereka ke hospital. Drive sendiri. Nekad. Sakit yang tak tertahan.
Sampai di hospital. menunggu. sejam menunggu, dipanggil masuk. Doktor bertanya sambil memeriksa rekod kesihatan. Mereka memandang saya. Saya kelihatan pucat katanya. Doktor pelik dengan kedegilan saya yang bertahan selama 9 hari sebelum ke hospital. terus dimasukkan ke unit kritikal, dibekalkan tramadol dan drip. saya tertidur di situ. setengah jam kemudian, saya dibangun dan disorong menggunakan wheelchair, di admitted ke wad 2CD. Doktor doktor serta nurse disitu mengenali saya. Ya, saya femes di hospital itu.
Call mak. Mak akan datang. Saya tertidur. Petangnya mak sampai. Mak berhajat mahu mentrasfer saya ke KB.Tapi doktor melarang. Saya diperiksa. Doktor clueless.Mak memaksa makan, saya muntah. Dixray dan di scan.
Isnin 2/7.
Diperiksa lagi. Tiada tindakan.
Di scan lagi oleh doktor senior. Dato' Jamil kalau saya tak salah. Dato' bertanya jika saya ingin dibedah kerana tahap kesihatan saya merosot. Saya hanya akur, apa yang terbaik, itu yang saya pilih. Dengan segera, Dato' memberi arahan kepada Dr. Yuslina meletakkan saya dalam senarai OT. Pembedahan kecemasan. Saya mungkin dibedah esoknya.
Wad sentiasa meriah ketika waktu melawat. Saya sayang kawan kawan saya.
Selasa 3/7
Mula berpuasa jam 2 pagi. hanya menunggu untuk dipanggil ke OT.
Sakit yang tidak berkurang. Hanya mampu menelan 2 sudu nasi lembik. Insaf.
Jumpa lagi dengan Makcik Roslina yang dijadualkan untuk rawatan chemo. Sempat mengambil masa berbual dengannya. Macam macam perkara kami kongsikan. Allah, sihatkanlah makcik.
Jam 12 malam. pelik kerana belum dipanggil. Nurse datang, disuruh berbuka puasa. katanya mungkin dibedah pagi esok. perlu berpuasa semula jam 2 pagi nanti. akur.
Rabu 4/7
Menunaikan Subuh. Usai Subuh, bergegas membersihkan diri. Jam 7.45 pagi, Sister datang menyerahkan baju putih. Baju putih. Bersedia untuk dibedah.
8 pagi. Disorong ke OT. Diterangkan beberapa prosedure. Angguk setuju, menandatangani beberapa borang tanda setuju atas risiko risiko yang mungkin dihadapi.
Masuk bilik bedah dengan pakar bius dan beberapa orang doktor dan nurse. Sempat melihat nama ditulis di board dan jenis pembedahan yang akan dihadapi. Nurse menyuruh mengucap dan beristighfar. Saya teridur.
Open Adhesiolysis.
terjaga. Sakit yang teramat. Nurse menerangkan penggunaan PCA. alat yang ditekan jika sakit, ubat akan terus masuk ke vein yang ditanda. Sakit. Menekan beberapa kali. Nurse datang, saya menangis kesakitan. Ya, saya menangis. Sakit teramat. Nurse panik. Saya menangis. Beberapa nurse lain mencadangkan saya dicucuk morpihne. Masih sakit, dicucuk lagi. Sakit. Saya dicucuk ubat lain dan saya teridur lagi.
kemudian saya disorong masuk ke wad bersama PCA. Nurse bercadang untuk meletakkan saya di aktil paling hadapan memandangkan saya masih memerlukan PCA. Saya menolak, saya okay dibelakang. Saya hanya mampu tidur. Bergerak tidak mampu. Ibadah Insaf.
Malamnya, cuba untuk bangun. Kesan ubat bius masih dibadan. Pening. Saya tidur kembali.
Khamis 5/7
Berusaha untuk bangun. Paksa diri untuk makan. Ya, saya mampu. Alhamdullilah.
Makcik kata saya kuat semangat. Saya harus kuat semangat. Saya ingin di discharge awal. Saya mula berjalan jalan. Saya kuat. Saya kuat.
Malamnya, diberikan Surat discaj. GEMBIRA !
Doakan saya dah tak sakit sakit lagi ye. Saya nak sihat !
Macam macam saya belajar kali ni. InsyaAllah, next post. :)
I Love Books
Currently reading:
A Sister's Keeper - Jodi Picoult
True Singapore Ghost Story Book 23 - James Lee
About Irna Sofia
was born on 25th February 1993 at 1.15pm on a bright Thursday.
A daughter of;
Ismail Bin Yasok
AND
Ruyita Binti Hassan
Loves;
ice cream, tranquility, babies and beneficial activities. can't live without books. love to cook, sew, shop and watching TV.
I Was Crafted In ;
SK Islah (2000-2005)
SMU(A) Maahad Muhammadi (P), Kota Bharu (2006-2010)
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu (Jun 2011 - Julai 2013)
Currently;
Doing her Bachelor of Arts in TESL(SK) at IPGKKB, Kota Bharu. InsyaAllah will be graduated in year 2016 and become an English teacher.
improving herself to be a solehah daughter of her daddy and mummy, loving sister to her siblings,friend in need to her buddies and obviously an obedient and pious person to her Allah and Rasullulah.
Daily I learn - sometimes painfully, other times with glee - that mine is a path never meant to be paved.
Future;
Dr. Irna would be my name. insyaAllah !
This blog is created to help her ease her mind. She owns her world in this blog.
Labels
- poetry~ (11)
- The Splendid Schooldays (3)
Saturday, July 7, 2012
Friday, June 29, 2012
Mati
Assalamualaikum.
terpanggil untuk menulis entry ini.
last week, masa kelas PIM (Pendidikan Islam Moral) by ustaz Jaafar. tak pernah nampak pun ustaz ni, and he's not like ustaz at all. sebab dia tak pakai kopiah or songkok *stereotype. first kelas dengan ustaz, biasalah memerlukan masa memahami ustaz. jenaka ustaz yang ringan, dengan gaya ala ala p. ramlee, ya, menarik minat saya.
Dalam perbincangan dengan ustaz, ustaz tersebut pasal mati.
Ya, MATI.
ustaz ada bercerita pasal satu kejadian kat kampung dia.
" masa tu ustaz tengah mengajar, ada kematian kat kampung ustaz, ustaz pergilah sebab yang meninggal tu tok guru ustaz. dia meninggal tengah hari. sebab ada kelas, saya ingat nak pergi dlm lepas zohor. ustaz pun sampai rumah tok guru ustaz dalam pukul 3. Biasalah kan, sampai rumah ornag meninggal, mesti kita duduk duduk dulu. tengah ustaz duduk tu, datanglah seorang lelaki kat ustaz.
"ustaz, jom kita pergi tengok mayat."
"takpelah, kejap lagi saya pergi"
dalam beberapa minit selepas tuuuu, lelaki tu datang lagi, ajak ustaz pergi tengok mayat. dalam 3 kali dia mengajak, ustaz akur.
ustaz pun pergi tengok mayat. ustaz buka kain yang tutup muka tok guru ustaz tu. Ya Allah, dia meninggal dalam senyum. Manis. Macam tengah tidur. Tiba - tiba ustaz teringat kat lelaki yang ajak ustaz tu, ustaz pandang kanan, takde. pandang kiri, takde. Ustaz tengok kat belakang. Lelaki itu, sedang menggigil ketakutan di belakang, di sebalik pintu. Ustaz bertanya, rupa rupanya lelaki itu takut nak tengok mayat. "
Then ustaz bagi soalan cepumas. kenapa lelaki tu macam tu? kenapa perlu takut mati?
Kenapa Perlu Takut Mati?
Perlukah takut mati? sedangkan mati membolehkan kita dekat dengan Allah.
Perlukah takut mati? sedangkan mati itu pasti.
Perlukah takut mati? sedangkan mati itu salah satu cara kita nak hampir kepada Nya.
perlukah takut?
Mati tak perlu takut. Ianya satu proses semulajadi. Amalan kita je yang boleh tolong kita esok esok. Kalau baik amalan, baiklah semuanya.
Tiba tiba terpikir. Diam sejenak. bila ustaz mengutarakan pendapatnya. bila ustaz bercerita proses kematian seseorang. bermula dengan tumbuh tumbuhan dan makhluk Allah yang lain selain manusia yang akan memanggil kita "Si Mayat" 40 hari sebelum kematian kita. proses sakaratul maut dimana Allah akan menayangkan amalan amalan kita di dunia. Proses orang sekeliling yang akan meratapi kita. proses dimana kita dimandikan, diletakkan kapur barus dan di kafankan. proses dimana kita di barisan hadapan terlentang dengan 4 takbir tanpa sujud dan ruku'.
semua proses itu buat saya terdiam.
Makhluk panggil kita si mayat. kalau kita dengar, mahunya seram.
sakaratul maut yang sakit. dengan tayangan perbuatan kita secara live. Allah, malunya.
mak ayah, adik beradik, kawan kawan yang akan meratapi permergian kita. hanya doa dapat diberikan.
dimandikan dan dikafakan. siapa yang akan memandikan dan menkafankan aku kelak?
siapa pula imam untuk jenazahku kelak?
Siapa?
Matikan aku dalam husnul khatimah. Matikan kami dalam husnul khatimah, ya Allah.
Sesungguhnya, “Dunia itu penjara bagi orang mukmin dan Surga bagi orang kafir.” (HR. Muslim no. 5256)

Wednesday, June 27, 2012
Adhesion colic. apakah?
Assalamualaikum.
Agak lama tidak menulis. kekurangan waktu, kesihatan merosot. :)
Ya. kesihatan merosot. selepas di operate apendiks bulan lepas, sakit kembali datang. mula rasa sakit beberapa hari sebelum masuk semester 3. ingatkan takde pape, sakit yang boleh ditahan. tak cakap kat mak, takut. :D
hari ahad, jalan slow slow. sakit nak jalan. pelik pada mulanya. malam mesti cramp perut. mengiring salah, baring salah, duduk lama lama pun bermasalah. drive from KB to KT amat menyeksakan. nasib baik mak bagi pinjam keretanya, takdelah sakit sangat nak drive. kereta mak kereta auto, so takdelah sakit sangat. hari pertama, takde kelas, tapi kena pergi test LDV sebab tempoh hari tak test kes apendiks hari tu.
Isnin, janji dengan madam nak test LDS hari rabu. okay, hari rabu test.
Selasa, dalam kelas. sakit menyerang. sabar je lah. last last sakit sampai terduduk.. memang tak tahan. irna pulak jenis yang tak mengaduh kalau sakit, senyum je lah. tapi kadang kadang, i can't bear the pain. terkeluar perkataan sakit dari mulut, maksudnya memang sangat sakit. terduduk duduk kat kelas. kawan kawan suruh ke klinik, digeleng kepala. hospital? harem.
tengah hari hari selasa, dah tak tahan. text dia untuk hantarkan ke klinik. sudah muntah for 3 times. ke klinik. dibekalkan dengan painkillers dan beberapa ubat. doktor klinik balqis kata mungkin adhesion colic. diberi ubat, dan makan. ubat muntah buat saya mengantuk.
malam selasa. tak dapat tidur. 2 jam menanggung sakit. kawan kawan dah tdur semua. text kawan cakap nak pergi hospital. yes, hospital adalah my last choice. terpaksa. pergi hospital pada pukul 1 pagi. addmitted to ward jam 2 pagi. disuntik dan diletakkan di zon kritikal buat sejam, painkiller yang diberikan sangat kuat. tertidur sampai 5 pagi. doktor terpaksa tahan wad sebab irna too weak. sebab muntah, doktor takut ada apa apa. perut pun bengkak. nana meminta diri untuk pulang ke maktab, ada kelas. 5.30, subuh yang lemah.
tiba tiba teringatkan madam zainab. ya, madam zainab untuk test LDS.
" salam madam, irna here. sorry madam, i can't have the test today as i was warded last night. "
beberapa minit kemudian,
" really? take care of yourself. rest well "
ya. menghadapi pagi di hospital seorang diri. kawan kawan ada kelas, mak belum diberitahu. hari rabu yang bosan. di-wheel chair untuk di scan, diultrasound. insaf sangat, sempat berkenalan dengan makcik sebelah, yang selesai membuat chemo. adik katil depan yang buat pembedahan apendiks, adik yang buang lump di chest, mak cik yang ada tumor kat kepala. sempat berbual dengan makcik masa tunggu di ultrasound. makcik tu cakap dia nak menantu cikgu. makcik bertanyakan asal diri. makcik tu ingat saya orang terengganu. hoho. macam macam sakit manusia. :/
petang kawan kawan datang. terubat kebosanan.
khamis. sakit. muntah. makanan sudah 3 hari belum bersentuh. makan roti pun muntah. peritnya rasa.
mak di inform. terus di call. mak sempat troll nana. mak tak percayakan saya, gara gara tak informkan dia Ayah dah kalut nak ambik saya pulang ke KB. saya tak nak. merengek dengan mak, tak nak balik.
Mohon dengan doktor untuk discharge. kesian kat kawan kawan. Alhamdullilah, dibenarkan. gembira. kawan kawan sempat menegur muka yang pucat. sikit je lah. sihat lagi. :)
masih. masih muntah. semalam dah ke klinik. dktor di klinik suruh refer ke hospital. buat buat tak dengar. malas malas malas. tahan setakat mampu. doktor cakap, unfortunate for me to have adhesion colic. sebab biasa adhesion colic berlaku kat orang yang buat pembedahan macam buang usus atau yang berkaitan. yeas, unfortunate me. dktor suruh refer sebab takut intestinal obstruction. ishh. macam macam. doktor suruh banyak makan. makan sayur dan buah, if my tummy bloated, kena pergi hospital dengan kadar segera. okay, malas malas.
saya nak selera makan saya. saya nak makan dengan banyak. saya tak suka makan lepas tu muntah. saya nak makan macam orang lain. saya nak sihat. saya nak sihat
terima kasih.
Doakan :)

Sunday, June 3, 2012
Lalai.
Assalamualaikum :)
Ya Allah. Lalainya aku. Lalainya kami. Bantulah aku Ya Allah. Bantulah kami Ya Allah.
Kadang kadang terfikir. Apakah yang dilakukan setiap hari. Berangan nak masuk syurga, nak dapat redha Allah, tapi pelaksanaan dan persiapan ke syurga entah ke mana. Berangan nak dapat firdaus, tapi masa dilepas. Bodohnya aku. Bodohnya kami.
Masa kami, banyak dihabiskan dengan sia sia. Siang malam kami mampu ber-online dengan dunia kami, tapi kami tak mampu nak menghabiskan masa ber-online denganMu. Kami mampu membaca novel novel sebagai hiburan untuk kami, tapi kami tak mampu nak membaca warkah cinta dariMu. Kami mampu membazirkan duit duit kami membeli belah tanpa tujuan, tapi kami tak mampu bersedekah walhal sekeping dua. Kami mampu menangis menangisi hal dunia, tapi kami tak mampu menangis merindui akhiratMu.Kami mampu berjaga malam untuk hal hal kami, tapi kami tak mampu berjaga malam untukMu. Kami mampu menghabiskan masa kami dengan konsert, tapi kami tak mampu menghadiri majlis ilmu ilmuMu. Kami mampu berkereta ke tempat yang kami ingin tuju, tapi kami tak mampu berjalan ke masjid yang cuma selangkah dua untukMu.
Kami melemahkan diri kami, sedangkan Kamu mencipta kami dengan kekuatan.

Kami yang membodohkan diri kami, sedangkan Kau cipta kami dengan kepandaian.
"ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا و هبلنا من لدنك رحمة إنك أنت الوهاب "
"Ya Tuhan kami, jangan Kau pesongkan hati kami (ke arah kejahatan)
setelah Kau memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah rahmat kepada kami;
sesungguhnya Kaulah Maha Pemberi Kurnia"
Kalaulah mampu untuk menjadi hebat begini. Kerdilnya diri. Mampu membaca quran walaupun sedang koma. :')
Maka sesiapa yang dikehendaki untuk diberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit, sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya).
Demikian Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.
(Al-An'am :125)

Monday, May 28, 2012
Apendiks : Kronologi dan Muhasabah
Assalamualaikum.
2 Bulan lepas, muntah muntah, sakit perut yang kosisten, 3 klinik, 1 hospital, 6kg hilang. kurus kejap time tu, bahasa lain, cengkung. Disebabkan terlalu sibuk dengan drama, sakit tidak dilayan. Demam yang konsisten.
Sebulan yang lepas,
Muntah muntah. tapi tidak memudaratkan. muntah bila makan. demam yang konsisten. sakit perut tanpa sebab yang berpanjangan.
2 Minggu lepas.
12 / 5 : petang sakit perut. tapi kejap kejap. keluar makan bersama K.Azie, K.Aina dan K.Zati di NR. makan makan dan beseronok. mula merasakan sakit perut yang pelik ketika mahu pulang, tidak diendahkan. Berkejaran dengan kak azie mahu pulang awal, ada solat hajat di balai, sebelum di balai bersama K.Azie, mengaduh sakit perut, letak balm di perut, sempat bergurau manja dengan K.Azie. Keluar bilik dan ke balai dengan berperfumekan balm. Rasa mahu nangis, sakit perut mencengkam, mencucuk cucuk di sebelah kanan. Kemudian, usai solat di balai, K.Azie keluar, di tinggalkan keseorangan dalam bilik, melayan twitter dan FB, berpeluh peluh kesakitan. Sempat tweet mengenai perut. Pkul 10.30pm, text Nana untuk ubat sakit perut. Tepat jam 11, Nana datang bilik, bertanyakan khabar dan memberitahu ubat sakit perut takde. Nana mencadangkan supaya ke klinik kesihatan berdekatan, kaki sejuk, berpeluh - peluh, tanda menahan sakit yang berpanjangan. berkira kira mahu pergi atau tak, memandangkan sudah 11.10pm, lagi 20 minit pagar IPG akan ditutup. setelah dibrainwash-ED, tudung pink polka dot disarung, kunci kereta dalam almari dicapai, purse atas katil diambil, berlari lari anak ke kereta, sebelum pagar ditutup. Teah dan Seha berada di seat belakang, Nana di bahagian penumpang depan. Terus ke Klinik Kesihatan Batu Rakit, malangya tutup. Rasa mahu terus saja pulang ke IPG, tapi perut semakin mencucuk. Membuat keputusan hendak ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, kira kira 20 minit dari IPG. Nana berpesan supaya memandu dengan berhati hati. sempat Nana mintak maaf sebab tak dapat nak tolong drive.
tiba di hospital, parking tempat tak sesuai, terus ke bahagian kecemasan. Nana daftarkan. Nama dipanggil, terus masuk, diambil BP dan temperature. BP tinggi, sempat nurse tanya sama ada ada high blood pressure tak. bacaan 147/92. senyum kelat.
Masuk bilik 1, Dr.Aizat. sempat dipuji nama. senyum kelat lagi. dibaringkan dan ditekan perut sebelah kanan. sakit, senyum lagi. terus di bawa ke bahagian ER (bilik merah )*merah means kritikal. di periksa oleh doktor doktor lain, diagnosis awal, acute appendicitis. telan air liur. tergamam. di bawa kembali ke bilik 1, di cucuk jarum untuk dimasukkan air. *noted, dicucuk sahaja. Nurse ambik wheelchair, disuruh duduk. rasa mahu gelak, tak suka ditolak begitu. sempat bergurau dengan Nana, Teah dan Seha. perut mencucuk. Wad 2, Tingkat 2 katil 12. bertukar uniform, dari serba hitam kepada hijau. Jam menunjukkan pukul 12am.
13/ 5 : 12 am
Suruh Seha dan Teah balik, suruh diorang ambik barang barang. sempat mereka membeli roti dan air mineral untuk kami. handphone Nana dan Irna battery kritikal. Seha dan Teah pulang dengan izatt, balik ke rumah Teah, memandangkan pagar telah pun ditutup. Jam 2.30am, mengaduh sakit perut. Nausea lagi, dan lagi dan lagi. Menahan diri dari muntah. Nana membantu. Sakit tak tertahan berlarutan selama sejam. baring, sakit berkurang. Nana minta diri untuk isya'. Menahan sakit untuk beberapa jam lagi. Diambil darah, urine test. Menunggu Subuh. Jalan membuatkan perut semakin sakit, kerusi ditarik. Subuh di situ.
Nana tertidur keletihan kurang lebih sejam. Irna masih belum tidur. Sakit masih dirasa. Mak masih belum dimaklum. Ummi Zakiah call, bertanyakan khabar dan sempat menyuruh Nana mengambil test. doktor datang lagi, ditekan lagi perut. rasa mahu disepak sahaja doktor, saya sakit. cukup cukuplah itu *emo seorang pesakit.Mereka menyuruh makan. Ditenung sahaja, tak rasa nak makan, takut nak makan, takut muntah. Last last, mintak roti ngan Nana, Nana bersiap sedia dengan plastik kuning muntah
. Mengigit buat kali pertama, sedap. Kali kedua, mula meloya, terus dicapai plastik kuning. Tahniah buat diri sendiri. Roti selamat bersemadi dalam plastik kuning. Hanya air mineral yang mampu di telan. Tramadol ( painkiller) diberi. Hospital kecoh dengan kematian beberapa orang makcik, Insaf. Singkatnya hidup seorang manusia.Call mak, mak mahu datang. 3pm, Ajak Nana tidur, 1 malam kami tak tido. Kami keletihan. 3. 15pm, Tersedar, nampak mak. Mak datang dengan abang. Solat Zohor dan Asar dengan Nana, kedua dua solat masih mampu solat sempurna di rakaat pertama, rakaat seterusnya, sakit mencengkam. Insaf. Pucat.
Jam 5 p.m, doktor datang, memberi kata putus, benarlah, setelah di ultra sound pagi tadi, diambil darah, acute appendicitis. Pembedahan segera perlu dilakukan, mak meminta untuk di transfer ke HUSM, Kubang Kerian. Irna menolak, mak tegas. Terpaksa, untuk kesenangan semua katanya. Sambil menunggu semua urusan transfer hospital siap, bermanja manja dengan mak. Rasa macam anak kecil. Bahagia. Jam 6 ptg, Teah, Seha, Izatt, Irfan dan Azmi sampai. Mereka bertanyakan khabar, memberitahu semua keadaan. Kunci kereta PFX bertukar tangan. Meminta Azmi menjagakan harta. Menyatakan wasiat harta yang lain kepada Nana. :P Mereka pulang. 15minit selepas itu, discharged. bersedia untuk bertolak ke KB.
Sepanjang perjalanan hanya tertidur, keletihan. sesekali tersedar, sakit. Abang menawarkan ice cream cornetto, 2 aiskrim cornetto. rasa mahu di ketuk kepalanya. menolak lemah, hanya mampu mengomel sendirian. membayangkan keenakkan ais krim dan tertidur. 11pm, sampai di rumah. Mandi dan menyiapkan diri. 11.30pm, terus ke HUSM. Dibawa ke bahagian kecemasan, surat rujukan HSNZ dibawa. HUSM penuh, terpaksa di transfer ke HRPZ II. menaiki ambulans. insaf lagi.
14/5 : 12.30am.
Di bahagian kecemasan HRPZ II. di baringkan di sana. terbaring selama sejam dalam bahagian kecemasan. kemudian ditolak masuk wad. Wad 28, katil 9. kepenatan, tertidur. Diambil darah lagi. di masukkan IV drip. diperiksa doktor. tidur lagi. secara amnya sudah berpuasa selama sehari. sejak dari Hospital Terengganu.
Paginya, doktor memeriksa. memberitahu mungkin di bedah hari itu. Nervous, tapi rasa sakit yang melebihi had, mahu segera dibedah. Diberikan antibiotik melalui IV yang berpanjangan. berbeg beg. Dimasukkan air, berbeg beg. Di ambil darah kali berkali kali. diambil darah di bahagian nadi. Sabar sabar. Nab datang melawat, menahan sakit. Jangan ditunjuk lemah.
Mak pulang, diganti dengan adik pada petangnya. sempat mengajar adik Bahasa Arab dan Chemistry Ting. 5. Aliah, datang dan pulang. Sambung mengajar adik. Adik pulang, Mak sedara datang. melayan mereka dalam kesakitan dan kepenatan.
Malamnya, kelaparan. cukup 2 hari berpuasa. sangat lapar. Kepanasan, mintak dengan mak nak mandi. selesai mandi, mahu tidur. sempat tidur 2 jam. dibangunkan oleh nurse, disuruh tukar baju, dari hijau kepada putih. Baju untuk pembedahan. menelan air liur tapi syukur sebab dapat dibedah. Dah tak tahan nak tahan rasa sakit. sempat text orang orang yang berkaitan dalam hidup sebelum dibedah.
15 / 5 : 12 am.
Disorong ke bilik pembedahan Intan. Doktor bertanyakan nama, dan latar belakang. seram. bilik putih, doktor berbaju biru dan hijau. Menunggu di kawasan Pra-Pembedahan selama setengah jam. tunggu turn. Pakar bius datang, tanaykan berat dan sejarah perubatan. Saya lapar.
12.30am, disorong lagi ke kawasan pembedahan. disuruh baring. dilekatkan pelbagai wire yang berkaitan, diambil bacaan BP dan nadi. di cucuk air. dicucuk lagi tangan, dimasukkan air lagi. diberikan oksigen, bertnyakan nama, untuk kepastian, diperkenalkan doktor, Dr. Anas. Disuruh mengucap dan istighfar. Diberikan bius dan saya tidur...
2.30am, dibangunkan perlahan. dipanggil nama. tersedar, ditarik sesuatu dari keronkong, perit, ditanya sama ada mampu bernafas atau tidak, mengeleng lemah, tersedak sikit. tertidur lagi.
dibangunkan lagi, ditanya sama ada mampu mengangkat kepala atau tidak. mencuba, tak mampu. tidur lagi. Ditanya lagi soalan yang sama, mampu. disorong ke wad. tak sedar.
8am. Tersedar. mahu ke toilet, nyaris pengsan di toilet, gara gara ubat bius. pucat lesi.
12.30pm. diberikan lunch. rasa bahagia, nak makan. lapar. makan tak sampai suku. cukup, dah kenyang. bahagia dapat makan. bergurau senda dengan sepupu yang menemani. sempat snap gambar dan hantar ke Nana. buat motivasi :P. Kawan kawan baru nurse sebaya bertanyakan khabar. senyum dan berbual bual besama mereka. sudah mahu discharge. gembiraaaa !
5pm. discharged. Bahagiaaa ! ayah parking depan sekali. berjalan sendiri, tak mahu di wheel chair. balik, tidur. bahagiaaa berada dirumaaah :)
Note
* muhasabah diri ketika sakit
* singkatnya hidup seorang manusia.
* nikmat dan nilai ibadah wajib ketika sakit.
* syukur diberikan rakan rakan yang terbaik !
* Nikmat waktu sihat
* kaffarah.
* Nilai teman dan sahabat
* Menghargai MC yang diberikan. ( MC habes hari ni )
* Sayang seorang Mak.
* Trust.

Saturday, April 14, 2012
Mukminah
Assalamualaikum :)
Change for a better person, a better mukminah insyaAllah.
Life is too short if you think that you could repent tomorrow.

Wednesday, April 11, 2012
Lebih Menghargai
Assalamualaikum .
dulu senang senang je charge hp. senang senang je iron baju. senang senang je on lappy. senang senang je ambik baju, letak duit syiling RM 2, basuh baju. senang senang je print itu ini. senang senang je on kipas suka hati. senang senang je tinggalkan bilik lampu terbukak. senang senang je buat air pakai heater.
sekarang.=,
semua susah. sekarang saya LEBIH menghargai barang eletrik dan sumber eletrik yang ada kat maktab ni.
ni semua gara gara suis induk yang terbakar hari isnin yang lalu.

Subscribe to:
Comments (Atom)