Wednesday, January 9, 2013

Resolutions. Better late than never.

Posted by irnasofia at 3:38 PM 0 comments
Assalamualaikum.

Tak terlambat lagi rasanya kalau nak post pasal azam tahun baru. agak sibuk walaupun cuti, ni dah bukak sem baru, bertambah tambah lah tak sempat nak update blog bagai. laptop pulak jeng jeng jeng. redha jelah.

sebelum tahun 2012 berakhir, sempat jugak lah menconteng pasal tahun baru. macam macam perancangn dibuat, yang nak di lakukan. Hidup mesti terancang, barulah tahu matlamat, arah tuju nak ke mana. Mungkin azam tahun baru orang tak sama dengan kita, ada jugak yang kita tak terpikir pun nak buat, and sebab dia zahirkan azam dia, kita terasa nak buat sama. tak salah rasanya kalau ditulis disini, dikongsi. Yang baik diikut, yang kurang elok, larilah jauh jauh. hihi.


*tulisan buruk. kan dah kata ni adalah contengan*

So, Resolutions untuk 2013 adalah ;

1. Solat jemaah untuk setiap waktu if possible. Bawak adik adik pegi masjid hujung minggu. 

tang ni, awal awal dah failed. malu. InsyaAllah, diperbaiki. Malu kat pakcik pakcik yang boleh konsisten dengan masjid walaupun dah tua, kita yang muda ni mana ? kenderaan ada, tubuh sihat, tak nak ke masjid ? *pang.

2. Khatam quran setiap bulan.

Oh, ini memang susah. lebih lebih lagi kalau perempuan. Tapi kalau bulan Ramadhan kita boleh mengaji, kenapa tidak bulan lain ? kenapa perlu tunggu ramadhan baru boleh khatam ? Daripada tidur siang, baik bukak quran, hati tenang, jiwa pun sihat. Ayah selalu pesan supaya rajin rajin mengaji, sayang kalau pandai mengaji tapi tak buat. Malu kat diri sendiri yang boleh ber twitter 24/7 tapi tak mampu nak belek quran sehelai dua setiap fardhu. *pang.

3. Rajin rajin ke library. Bawak adik sekali.

Memang saya suka buku, dan sangat berminat nak spend hujung minggu di library. bawak adik adik sekali, tanamkan lagi minat membaca kat adik adik terutamanya ecah dan amin. Buku yang dibeli lain, yang di baca kat library lain. feelingnya tak sama. Mungkin nak pegi mendaftar library awam terengganu, tapi masih belum berkesempatan. Plan kalau tak balik hujung minggu macam biasa, lepak kat library terengganu yang ebrganda ganda besar dari KB punya pun jadilah. lagipun bukan ada benda nak buat pun selain ke Giant Hypermarket tu. lepak library, nerdnyaaaa !

4. Menabung !

Ni dapat inspirasi dari senior. Dia dapat simpan duit syiling sampai beratus ratus tanpa sedar. So, sekarang tin oat krunch dah mula jadi mangsa. Pantang ada duit syiling dalam purse, buang letak dalam tu. nak simpan duit banyak banyak. hihi. nak konsisten simpan duit RM 50-100 every month. *part ni susah*

5. Inner, socks, hand guard.

Allahurabbi. Jaga aurat. tak susah, tapi nak konsisten tu susah. InsyaAllah, Aurat kena jaga, maruah tu. Sayang ayah kan ?

6. More baju kurung.

Orang selalu tanya, 'berapa baju kurung yang irna ada ?' 
Memang baju kurung irna banyak sebab irna selesa dengan baju kurung and jubah. Bukan nak tunjuk baik ke apa ke, tapi i prefer to wear baju kurung kalau keluar. Senang, selesa. Lagipun baju kurung jahit sendiri, and nak pakai hari hari pegi kelas, so tak salahlah kalau ada banyak baju kurung. Teacher kannn. So memang aim every month mesti ada at least 2 new baju kurung. Sudah diperuntukkan khas dalam elaun yang diberi.

7. Buku.

Naikkan kuota buku dari 4 bijik setiap bulan kepada 5 biji. Membaca jambatan ilmu. Lecturer suruh rekodkan judul - judul buku yang pernah dibaca, supaya kita lebih rajin membaca and konsisten dengan pembacaan kita.

8. Lebih kuat, bukan degil.

Saya degil dan saya mengaku saya sangat degil. Sejak sakit, kedegilan bertambah tambah. Ingat nak pretend jadi kuat ni senang ke ? orang cakap kita degil, sedangkan kita nak kuatkan diri. tapi tulah, ada harm ada goodnya. so, degil kena berpada pada.

9. Treat people around me better.

Hidup ni tak lama, manalah tahu dalam hidup kita ni, kita tak cukup treat orang sekeliling secukupnya. 

10.  Solehah.

Semua pun nak jadi anak solehah untuk mak and ayah masing masing kan ?

11. Donate !

terbaca kat blog mengenai amalan donate ni. Terpikir jugak, kalau kita buat donating sebagai habit kita, mesti kita tak rasa berat nak menderma. Sebagai permulaan, kita cuba donate untuk masjid, menderma tak semestinya guna duit. Kalau kita tolong bersihkan masjid, lipat sejadah, pun dah kira kita menderma, derma tenaga. And kalau kita ada duit lebih, tak salah rasanya kalau kita dermakan sedikit untuk masjid. Saham akhirat, insyaAllah. Buat habit, kalau ke masjid, derma seringgit dua, kira macam kita bayar tiket untuk masuk masjid. make it as a habit.Manalah tahu, dengan seringgit tu lah kita dapat syafaat esok esok, kan ?

Cukuplah setakat ni. Ni pun dah rasa macam banyak sangat dah. Ni kira macam oath dah ni. :)

wishlist :
- Oven besar. mak tak nak beli sebab dia kata nanti i cook bila sakit. bertambah tambah tak duduk diam nanti. sobs. 
- Peti besar yang macam kedai roti tu. nak buat letak kuih and kek. haha. motif !




Saturday, December 22, 2012

Bingung

Posted by irnasofia at 2:29 AM 2 comments
Assalamualaikum.
Berkesempatan menerwang jauh lagi. Alhamdulillah.
Sekarang berada di johor. menikmati sisa cuti semester yang masih berbaki sehari dua cuma.

*post ini mengandungi unsur monolog dalaman.

Sempat menemani anak sedara di taman, di berikan peluang, menikmati udara petang pasir gudang. sambil Nisreen bermain gelongsor, aku duduk di buaian, meneliti pergerakan nisreen dari jauh. kelihatan beberapa kanak kanak dalam lingkungan umur 8-12 tahun sedang seronok bermain bersama.

Sedang seronok aku melihat mereka bergelak ketawa, aku melihat diri aku dan mereka. apa beza mereka dan aku?

seronok mereka bermain. seronok mereka bergelak ketawa sesama mereka. seronok mereka berkejaran. tanpa masalah, tanpa resah.

aku juga seperti mereka dahulu. dan mereka juga akan mengalami perkara yang sama seperti aku alami sekarang, mungkin berbeza keadaan tapi natijahnya sama.

aku dahulu sama seperti mereka.
tiada masalah besar yang perlu difikirkan. masalah paling besar pada waktu itu ialah bagaimana mahu menyiapkan kerja sekolah, memikirkan apa yang perlu dibuat balik sekolah nanti, bermain pondok pondok atau polis sentri, apa yang mahu dimakan.

aku juga sama seperti mereka.
tiada resah. hanya takut akan suntikan di sekolah. hanya takut apabila guru kelas memberikan keputusan peperiksaan. itu sahaja.

kini. tiada lagi semua itu.
aku sudah dewasa. aku sudah tidak seperti mereka. masalah banyak menerpa, resah banyak meresahkan jiwa. kadang kadang aku tersungkur, penat. letih.

aku dulu tak mengenali penat letih, hanya aku dan dunia aku. kini, aku tahu erti penat, erti letih. aku yang tak kuat atau aku sedang mencipta kelemahan?

seharusnya aku tahu, semua yang terjadi, untk mengajar aku lebih kuat. aku merasakan aku semakin kuat hari ini, tapi esok aku rasa aku kalah. aku bingung. aku bingung dengan diri sendiri.

kerap aku bertanya. aku masih belum menerima apa apa jawapannya.

masih bingung.


Sunday, October 14, 2012

Tabah.

Posted by irnasofia at 3:44 PM 0 comments
Assalamualaikum.

Minggu yang membuatkan minda ini berfikir dan terus berfikir.

Khamis. 6am.
Tersedar dengan ketukan suara sayup. Suara yang dikenali, ya. Aman. Suara Aman. pantas membuka daun pintu, Aman siap bertudung, dengan beg, disamping KakLong di sisi .belum sempat bertanya , Aman sudah menjelaskan keadaan dirinya.

"Na, ayah Aman takdok doh"

Allah. terkejut. kaget. Lantas, tangan merangkul tangannya perlahan, cepat tangan ini mencapai bahunya dan memeluk erat tubuhnya.

Terus, teringat akan arwah.
Berbadan besar, berkacamata, dengan kereta trooper yang maha besar itu, suka tersenyum. ingatan kepadanya menerpa. Kedai e-rup sup tempat arwah mengambil aman yang biasanya kami tinggalkan disitu, bandar Pasir Putih, tempat arwah menunggu kami tiba. Senyumnya, gurauannya. Ahh, pengat pisang di rumah Aman ketika kami singgah dirumah arwah. Dipaksanya irna makan. Dipesan akan cita cita irna yang tak kesampaian, di berinya motivasi supaya kuat untuk menjadi cikgu. Dinasihatnya supaya terus mengikut nasihat ibu bapa, katanya berkat ibu bapa sentiasa ada. Semua ingatan itu menerjah masuk.

Aman pulang. Dipagi Khamis itu. Dan aku, masih terkejut.

Memaklumkan semuanya kepada rakan rakan. Berbincang untuk ke Tanah Merah. Alhamdulillah, selamat sampai jam 5 ptg.

Setibanya kami disana, kagum dengan kehadiran jemaah untuk solat jenazah. Teringat akan hadis mengenai solat jenazah. Arwahnya baik. InsyaAllah, ditempatkan di tempat yang baik - baik. Allah sahaja yang tahu perasaan sebak ketika melihat jenazah di sorongkan ke van jenazah. Kenderaan terakhir kita semua. Deras, hati ni terfikir akan keadaan sendiri bila tiba masanya. Siapa imamnya, siapa yang akan mandikan aku ? Siapa yang akan mengkafankan aku ? Adakah tertutup aib aku ? Sampaikah doa doa dari kenalan dan kerabat ku ? Mudahkan perjalanan ku ? Bagaimanakah pula dengan keluargaku, redhakah dengan pemergiaanku kelak ? Allahu'alam.

Lama sungguh aku tak di ingatkan dengan berita kematian, lama sungguh aku tak menghadiri keadaan sebegini. Ingatanku , mungkin ketika aku masih berumur 13 tahun, ketika moyangku meninggal. ketika itu, tiada iktibar mahupun natijah yang aku poreleh. kosong. sekadar pergi, membaca yasin dan pulang. Rugi rugi. Alhamdulillah, aku disedarkan dengan berita ini. Allah boleh memanggil kembali hambanya, tak kira kita sedia atau tidak.

Laju langkah ini mencari Aman. Matanya bengkak, merah. Aman yang dikenali yang paling susah mengalirkan air mata , tapi air matanya gugur untuk orang yang disayanginya.

"Ibu... "

Aman memanggil aku dengan panggilan itu. Menyuruhnya sabar, tapi aku tahu dia kuat. Aku mungkin tak sekuat dia.

mencari Ummi. Ummi Aman, antara yang aku rapat. Ummi memelukku erat. Mungkin kerana aku yang dikenalinya. Aku sebak dalam pelukan Ummi.

"Nanti Ummi lah yang kena hantar Aman, papa takdok doh."

Ya Allah. ayat itu, mampu membuatkan hati ni gugur. Ummi jangan risau, irna hantar Aman. Ummi jangan risau. Aman antara teman terapat di maktab, antara yang aku susahkan sepanjang aku sakit. Aman yang terpaksa drive setiap pagi untuk hantar aku ke Teltrac sebab aku tak mampu nak berjalan jauh. Aman yang bila aku mengaduh sakit, akan datang ke bilik bertanyakan khabar. Aman yang manja.

Aman sempat lagi bergurau, menghormati kami sebagai tetamu. Cekalnya dia, Allah sahaja yang tahu. Tabahnya dia, Allah sahaja yang tahu.

Moga Aman @ Adik terus diberikan ketabahan itu ya ! :)

- Bila tiba masanya, kita juga akan ke destinasi yang sama. Tanah itu juga menjadi yang teman kita. - irna



Tuesday, September 18, 2012

I guess , Allah loves me.

Posted by irnasofia at 6:04 PM 2 comments

Assalamualaikum. :)

Bulan 5 , Bulan 6 , Bulan 7 , Bulan 8 , Bulan 9. next ?
Mei, Jun, Julai, Ogos, September.

Tiap tiap bulan check in HSNZ. Tiap tiap hari kena uji. Allah memang sayang aku. :')

Losing 10kg - 12kg ++ is too much. for a person who loves eating , and can't eat , yeah. :/

But i guess , Allah loves me.

walking in pain , holding my ache tummy.

But i guess , Allah loves me.

eating and 10 minutes later , I'll end up in toilet.

But I guess, Allah loves me.

loves volleyball , and can't play sports again.

But i guess, Allah loves me.

Got plenty of meds and supplement to be taken.

But i guess, Allah loves me.

no matter how much pain i had , i can't take any medical leave.

Still , i guess , Allah loves me.

He does. and i believe it. 






Friday, July 20, 2012

Ramadhan Tiba

Posted by irnasofia at 2:00 PM 0 comments
Ramadhan tiba. Ramadhan tiba. Ramadhan tiba. Marhaban ya Ramadhan ! *Opick - Ramadhan tiba.

RAmadhan tiba lagi.
Ayuh, siapkan diri, mental dan fizikal.
siapkan hati, mata dan lidah.
siapkan tangan kaki dan sejadah.
siapkan semua, agar sentiasa berkah.

Terawih , qiam.
tadarrus, tahajud.
Majlis ilmu jangan jemu.
Al quran disisi dan di hati.
Mata tunduk,
Hati tertunduk.


Mungkin ini Ramadhan terakhir?
Mungkin ya, mungkin tidak.

Jom, berlumba untuk ganjaran Ramadhan !

Sunday, July 8, 2012

Nilai itu Tak Terbeli

Posted by irnasofia at 10:32 PM 0 comments
Assalamualaikum.

Sambungan untuk entry lepas.



Rasulullah s.a.w bersabda: Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya. (H.R. Bukhari dan Muslim)



Macam macam yang saya belajar kali ni, di wad 2CD. Ya, Wad 2CD, di HSNZ Kuala Terengganu.

Wad 2CD adalah wad pembedahan perempuan yang terletak di tingkat 2, bersebelahan dengan wad 2EF, wad pembedahan lelaki. Wad tersebut adalah wad kelas ketiga. Sebagai pelajar, saya hanya ditempatkan di wad itu. Sungguh, saya tak kesah. Disebabkan wad itulah saya belajar banyak perkara. Dari sekecil - kecil nyamuk hinggalah sebesar besar pengorbanan dan simpati. Wad itu tidaklah sama seperti wad- wad lain di HUSM, HRPZ II dan amatlah jauh jika nak dibandingkan dengan Hospital Perdana Kota Bharu. Tapi itulah, saya mencari nilai disebalik wad itu.

Wad yang sesak itulah saya belajar nilai bersyukur. Nilai yang jarang saya, mahupun kita ingat. Nilai yang menunjukkan tahap iman kita. Nilai itu amat mahal, dan Alhamdulillah saya sempat belajar di sana. Banyak benda saya perhatikan. Saya analisa semuanya.

MakCik Roslina ( Pesakit Kanser - sedang dalam rawatan kemoterapi )

Seorang yang dalam 45tahun. Tapi rupanya lebih matang dari usianya, penangan sakit yang lama. Mempunyai 10 orang anak, paling bongsu masih dalam darjah 5, 4 daripada masih bersekolah. Suami sudah berumur, tak mampu untuk bekerja. Datang ke hospital setiap 2 minggu untuk rawatan kemoterapi, dihantar anak, tanpa ditemani sesiapa, usai kemoterapi hanya mampu meminjam telefon bimbit pesakit lain untuk memaklumkan anaknya supaya mengambilnya pulang. Pernah pulang sendiri menaiki bas. Selalu tersenyum disebalik kesakitan yang dihadapi.

Makcik ni mengajar saya pelbagai nilai. Saya tersentuh dengan naluri keibuan yang ditunjukkan makcik ini. Saya belajar erti bersyukur dengan makcik ni. Saya pelajar yang berkemampuan tapi diberikan rawatan secara percuma, tanpa sebarang bayaran. Makcik itu, susah tapi perlu membayar bil hospital yang bagi kita tiada apa apa. Hanya not biru, tapi bagi makcik itu, not biru amat besar nilainya. Saya yang sikit sikti mengaduh sakit, tapi makcik tu tenang, masih lagi mampu tersenyum saat drip kemoterapi yang panas dan beraluminium perak itu masuk ke salur darahnya. Kulitnya melecur, merah. Kulitnya bertompok hitam dek parut lecuran rawatan emoterapi. Rambutnya gugur, tapi dia masih tersenyum. Makcik itu juga sabar menunggu anaknya. Walaupun dibenarkan keluar awal malamnya tanpa di kemoterapi kerana bilangan platletnya rendah, tapi dia bersabar menunggu anaknya yang dari Machang membawanya pulang. Saya kasihan, saya sebak. Sungguh, saat sakit adalah saat kita memerlukan pergantungan, lebih lebih lagi jika kita sakit tenat. Sokongan dari mereka mereka yang tersayang amat bernilai. Tapi makcik itu? Tabah. Mampu mengharungi rawatan kemoterapi yang sedia maklum bagi kita amat menyakitkan tanpa keluarga di sisi. Saya malu dengan makcik itu.

Saya doakan makcik.

Akak Rozita ( Pesakit batu karang - ke hospital untuk mengeluarkan tiub di pundi kencingnya )

Dalam linkungan 30an. Mengandung anak yang ketiga. Tinggal di Jerteh.

Ketika itu saya sedang menikmati susu. Usai pembedahan, saya dibekalkan dengan susu. Saya minum, saya pandang depan. Saya nampak akak itu. Akak itu memerhatikan saya. Saya rasa bersalah. Saya bersalah kerana tidak memberikan rezeki susu itu kepadanya. Saya malu. Saya utarakan kepada mak, Alhamdullilah, susu itu dikongsi. Manis susu itu bertambah. Dia menolak pada mulanya, tapi mak berkeras. Lantas mak hukurkan jua roti dan biskut yang belum dibuka kepadanya. Mungkin rezeki anak yang dikandungnya. Saya tersenyum, akak itu membalas. Dia banyak berkongsi dengan mak. Tapi saya tahu segala cerita kisahnya. Saya kagum dengan akak itu. Senyuman akak itu mempunyai banyak makna, dia tersenyum dalam kepedihan kisah cintanya. Saya doakan akak. InsyaAllah. Moga anak anak kakak menjadi insan yang soleh.


Ada juga pesakit itu disitu yang berumur 29 tahun, selepas melahirkan anak yang pertama, dia diserang strok, kepalanya dicukur. Dia tak sedarkan diri. Syakillah.

Ada juga yang ditimpa kemalangan, sudah 2 minggu tak sedarkan diri, syafakillah.

Ada juga beberapa makcik yang sebaya nenek saya, di bed ridden. pelbagai komplikasi, syafakillah.


Ada juga beberapa makcik yang disorong keluar masuk dari wad ke ICU. Pelbagai ujian Allah. Syafakillah.


Ada juga yang epilepsy depan mata saya, saya takut. pengalaman pertama saya, Syafakillah.


Tengok. sakit tak kira tua atau muda. Mati pun sama, tak kira tua atau muda. It comes naturally, tanda Allah nak uji. Masa nilah kita kena bersyukur kalau kita sakit, sebab tandanya, Allah sayangkan kita. Lagikan tercucuk duri Allah ampunkan, lagikan sakit yang kronik, mesti lagi besar pahalanya kan? Dengan syarat, bersabar, redha dan jangan merungut. Bukan semua dapat merasa sakit dan bukan semua dapat menilai nikmatnya sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda: Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya. (H.R. Bukhari)


"Sekarang saya tahu kenapa saya tak ditakdirkan jadi doktor. Sebab hati saya lemah, macam mana saya nak treat patient kalau baru beberapa hari di wad saya dah boleh menangis. Saya mungkin kuat untuk jadi cikgu dan melayan beribu pelajar, tapi bukan seorang pesakit yang rapuh hatinya. Saya tak kuat untuk itu. " - irna.




Saturday, July 7, 2012

Open Adhesiolysis.

Posted by irnasofia at 6:22 PM 9 comments
Assalamualaikum.

Mengagahkan diri untuk menulis entry ini. Biarlah bukan ramai follower pun. :)

Adhesion colic. Penangan yang berbisa.

Ya. Saya di admitted lagi untuk adhesion colic. kali ini, lebih serius. selepas kali terakhir di admitted kerana adhesion colic, 9 hari keluar wad, ya saya kembali ke wad yang yang sama untuk di check in. setelah 9 hari bertarung dan mengagahkan diri dengan sakit, muntah muntah yang berpanjangan. kehilangan beberapa kilo, akhirnya saya menguatkan diri untuk ke hospital lagi. Unit kecemasan adalah pilihan terakhir saya.

Allah je yang tahu keadaan saya pada masa tu. Nak jalan pun tak larat. Sakit yang mencucuk, senak, berdenyut denyut memang menggangu saya. Pernah terjaga dari tidur dan kesakitan. Saat tu, hanya mampu menelan painkiller yang memang tak pernah putus dari bekalan. Selera makan kosong. Bila terasa nak makan, suapan ke tiga, kemuntahan.

Malam Sabtu 30/6.
Sakit yang sama. Skala 7/10. tergolek golek sakit. Masa tu kat umah kawan sebab jagakan umah, parents diorang takde. Esoknya ada majlis hari guru. sudah berkira untuk ke klinik paginya kalau sakit tak kurang. nekad.

Pagi Ahad. 1/7
Bangun pagi dengan sakit. Allah, pedih sungguh rasanya. Teah dan Seha ada di rumah. Jam sebelas, mengajak mereka ke hospital. Drive sendiri. Nekad. Sakit yang tak tertahan.

Sampai di hospital. menunggu. sejam menunggu, dipanggil masuk. Doktor bertanya sambil memeriksa rekod kesihatan. Mereka memandang saya. Saya kelihatan pucat katanya. Doktor pelik dengan kedegilan saya yang bertahan selama 9 hari sebelum ke hospital. terus dimasukkan ke unit kritikal, dibekalkan tramadol dan drip. saya tertidur di situ. setengah jam kemudian, saya dibangun dan disorong menggunakan wheelchair, di admitted ke wad 2CD. Doktor doktor serta nurse disitu mengenali saya. Ya, saya femes di hospital itu.

Call mak. Mak akan datang. Saya tertidur. Petangnya mak sampai. Mak berhajat mahu mentrasfer saya ke KB.Tapi doktor melarang. Saya diperiksa. Doktor clueless.Mak memaksa makan, saya muntah. Dixray dan di scan.

Isnin 2/7.
Diperiksa lagi. Tiada tindakan.

Di scan lagi oleh doktor senior. Dato' Jamil kalau saya tak salah. Dato' bertanya jika saya ingin dibedah kerana tahap kesihatan saya merosot. Saya hanya akur, apa yang terbaik, itu yang saya pilih. Dengan segera, Dato' memberi arahan kepada Dr. Yuslina meletakkan saya dalam senarai OT. Pembedahan kecemasan. Saya mungkin dibedah esoknya.

Wad sentiasa meriah ketika waktu melawat. Saya sayang kawan kawan saya.

Selasa 3/7

Mula berpuasa jam 2 pagi. hanya menunggu untuk dipanggil ke OT.
Sakit yang tidak berkurang. Hanya mampu menelan 2 sudu nasi lembik. Insaf.
Jumpa lagi dengan Makcik Roslina yang dijadualkan untuk rawatan chemo. Sempat mengambil masa berbual dengannya. Macam macam perkara kami kongsikan. Allah, sihatkanlah makcik.

Jam 12 malam. pelik kerana belum dipanggil. Nurse datang, disuruh berbuka puasa. katanya mungkin dibedah pagi esok. perlu berpuasa semula jam 2 pagi nanti. akur.

Rabu 4/7

Menunaikan Subuh. Usai Subuh, bergegas membersihkan diri. Jam 7.45 pagi, Sister datang menyerahkan baju putih. Baju putih. Bersedia untuk dibedah.

8 pagi. Disorong ke OT. Diterangkan beberapa prosedure. Angguk setuju, menandatangani beberapa borang tanda setuju atas risiko risiko yang mungkin dihadapi.

Masuk bilik bedah dengan pakar bius dan beberapa orang doktor dan nurse. Sempat melihat nama ditulis di board dan jenis pembedahan yang akan dihadapi. Nurse menyuruh mengucap dan beristighfar. Saya teridur.

Open Adhesiolysis.

terjaga. Sakit yang teramat. Nurse menerangkan penggunaan PCA. alat yang ditekan jika sakit, ubat akan terus masuk ke vein yang ditanda. Sakit. Menekan beberapa kali. Nurse datang, saya menangis kesakitan. Ya, saya menangis. Sakit teramat. Nurse panik. Saya menangis. Beberapa nurse lain mencadangkan saya dicucuk morpihne. Masih sakit, dicucuk lagi. Sakit. Saya dicucuk ubat lain dan saya teridur lagi.

kemudian saya disorong masuk ke wad bersama PCA. Nurse bercadang untuk meletakkan saya di aktil paling hadapan memandangkan saya masih memerlukan PCA. Saya menolak, saya okay dibelakang. Saya hanya mampu tidur. Bergerak tidak mampu. Ibadah Insaf.

Malamnya, cuba untuk bangun. Kesan ubat bius masih dibadan. Pening. Saya tidur kembali.

Khamis 5/7

Berusaha untuk bangun. Paksa diri untuk makan. Ya, saya mampu. Alhamdullilah.
Makcik kata saya kuat semangat. Saya harus kuat semangat. Saya ingin di discharge awal. Saya mula berjalan jalan. Saya kuat. Saya kuat.

Malamnya, diberikan Surat discaj. GEMBIRA !

Doakan saya dah tak sakit sakit lagi ye. Saya nak sihat !

Macam macam saya belajar kali ni. InsyaAllah, next post. :)



 

rain drops. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review