Thursday, December 22, 2011

Monolog: Pokok?

Posted by irnasofia at 12:23 AM 2 comments
Assalamualaikum. Moga terus dalam rahmatNya.

Sungguh. Saya wanita yang lemah yang dalam katanya tegas, dan dalam tegasnya lemah. Saya juga wanita yang mudah mengalah saat hatinya diubah. Saya juga wanita yang jiwanya halus tapi bisa menjadi gagah dalamannya.  Saya juga seperti pokok, tegap batangnya, tinggi dahannya, rimbun daunnya dan boleh dijadikan tempat berteduh.Tetapi ibarat pokok, saya memerlukan akar yang kuat untuk tetap tegap batangnya. memerlukan dahan yang teguh menampung dedaun dan buahnya.

Tapi sayang, saya wanita yang kadangnya ibarat lalang. meliuk lentuk saat angin menerjah. mudah kering dan mati ketika panas. Mana mungkin saya boleh menjadi pokok jika jiwa saya seperti lalang? Dalam kata mudah, masakan pokok, rumput pun masih belum tentu.

Dan sungguh, dalam meneliti hari, saya masih memerlukan rakan rakan untuk mendengar. Cukup sekadar mendengar kerana saya tahu, saya mengerti mereka tidak boleh melakukan apa apa selain daripada mendengar. Tapi bagi saya, cukuplah. Mendengar luahan hati. Ahh, saya tidak boleh membohongi diri sendiri mengatakan saya cukup kuat untuk semua dugaan dan ujian yang ditimpakan tanpa keluh kesah, tanpa ada sekelumit perasaan kurang senang. Bohong saya mengatakan saya tidak memerlukan anda untuk memujuk hati saya yang kosong. Bohong juga saya katakan saya boleh berdiri sendiri. Bohong lagi jika tidak ada langsung perasaan ingin berkongsi dengan anda. Benar, saya ingin sekali, saya ingin benar memberitahu hal yang sebenar.

Jika boleh diputarkan kembali, ingin sekali saya merentasi mesin masa, memberitahu mereka, agar mereka mengerti. Dan bukan simpati yang saya cari. Tapi mencari mereka yang sejati.

Tapi saya tahu, pengerak hati masih setia disisi. Dia yang boleh saya hubungi saat diri menjadi lalang. Dia juga yang meneguhkan hati supaya tetap bertahan, terus bertahan agar tidak mudah goyah, terbalik. Dia yang mendengar luahan hati wanita yang rapuh seperti saya apabila saya merasakan saya tidak berpunya. Biarlah apa sahaja yang mereka lakukan, saya masih ada pengerak hati saya. Dan saya sungguh yakin akan kesetiaanNya. :)





 

rain drops. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review