Monday, March 26, 2012

Takdir dan Waktu

Posted by irnasofia at 7:00 PM 0 comments Links to this post
Takdir dan waktu. Tajuk lagu Rahmat Mega. One of my favourite song.

'Saya ni memang jahat, kalau saya buat pape pun saya tetap jahat'.

Okay. This is lame sayangs. tahu tak, awak tak jahat. tapi awak yang menyebabkan awak jahat. Takdir ada yang boleh diubah. selagi awak nak berubah, go for that change. Macam macam dah alternatif yang Allah bagi untuk kita berubah. Allah bagi kita keluarga, kawan, keadaan sekeliling untuk kita cari dan ubah diri kita. Biarlah apa orang nak kata, selagi mulut diorang tak berstaple, mana mungkin mereka boleh diam?

Dan Allah juga bagi kita ujian kecik yang kita tak sedar. Dia bagi kita kawan, ada yang boleh dipercayai, ada yang boleh dicontohi. Tak kurang, mereka yang menyebabkan kita lalai, leka. Hati manusia ni mudah disentuh, pantang ada yang menyinggah, ditoleh, lama lama kita beralih. 

Takdir. Allah dah tetapkan. Jangan di pandang pada kelebihan takdir seseorang, mereka dan kita tak sama. Mungkin baik untuk mereka, mungkin juga buruk untuk kita. Saya sendiri, sungguh, saya mengaku yang saya amat susah untuk menerima satu takdir yang Allah tetapkan untuk saya. Sehingga sekarang, saya masih mampu menangis jika terkenangkan takdir yang bukan milik saya. Tapi, saya kuatkan hati, tanam tekad dalam diri. Dan Alhamdullilah saya menerimanya dan saya juga yakin ada rahmat tersembunyi di sebaliknya. 

Allah baik. Dan selalu baik :D

Unstable Mind

Posted by irnasofia at 6:48 PM 0 comments Links to this post
Assalamualaikum peeps!

- unstable mind -

Kadang kadang tertanya tanya apakah yang menyebabkan seseorang begitu motif dengan tindakan yang dilakukan.

Kebenaran itu pahit, tak sepahit kopi tanpa gula mahupun peria digoreng dengan udang. Tapi kadang kadang, kebenaran boleh jadi semanis madu bahkan lebih manis dari air teh yang terlebih gula.

:)
 

rain drops. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review