Monday, September 23, 2013

Q1: Weird Things You Do When You're Alone

Posted by irnasofia at 12:10 PM 1 comments Links to this post
Assalamualaikum.

Just want to start something new in here so that i have something to blog on later. muahaha. Actually, nak buat ni dah lama, tapi duk cari cari balik link blog si mijah. lupa nak follow balik, pastu tak ingat nak tanya tuan empunya diri, maka begitulah..oh sebenarnya peratusan malas saya melambung lambung tingginya..semua itu hanyalah alassaaaannn !Ntah tetiba rasa macam nak buat benda alah ni, at least ada jugak post untuk diletak dalam blog ni haa. banyak sangat benda menarik yang terjadi, kadang kadang sampai tak tertulis dalam blog. bila idea datang, malas pulak nak menulis and vice versa.

Jadi,
nak mulakan dengan 30 Days Blog Challenge ! Nak penuhkan blog ni hari hari dengan postnya..tapi ikut keadaan semasalah jugak ye. tengok kelapangan pelajar maktab berdedikasi mcam irna ni. berdedikasi dengan rutin maktab..drive kelas - drive balik - homework/tutorial/presentationSSS. maka dengan itu, kelapangan itu di fleksibelkan.


google aja benda ni, berkepuk kepuk dan berasap asap keluarnyaa !

FIRST QUESTION: Weird things you do when you're alone

benda benda pelik yang irna buat bila sorang sorang ye? jarang sebenarnya duk sorang ni, asyik berteman je kerjenya, nak kata manja dan mengada ngade tu adelah sikit, tapi mmg takde masa nak berseorangan ni. Family ramai, pegi kelas pon confirm confirmlah ramainyaa tu. jadi, konteks alone tu bila kat umah, duk dalam bilik, dan bila kat kelas time gap tunggu pagar bukak sebelum drove off from ipg.

bila sorang sorang kat bilik, suka duk depan cermin. joget joget. hahaha. memang pon. suka pasang lagu kuat kuat, pastu joget joget. kekadang lah. buang tebiat tu perlu, kekadang :P bila alone, suka kemas bilik, bila kemas bilik mulalah nk tampal macam macam dalam bilik. pastu mulalah duk potong potong kertas, main kaler kaler semua pastu buat motivational quotes. kononnya nak memotivate kan diri. pastu bila bilik dah kemas, siap lah si mariam tu kena bebel sebab mostly 70% bilik bersepah kerja dia. 

bila alone jugak, suka masak. biasa buat benda yang memakan masa untuk disiapkan. tapi mesti kena gaduh ngan kucung kucing yang wujud dulu. kucing kucing itu memang tak boleh tengok irna bersenang lenang. kalau orang nak masak, dia pon sibuk join sama. biasa buat karipap, donut, kerepek, kacang goreng ke. dah memang suka masak dan makan, jadi tu jelah benda yang boleh buat bila alone.

bila alone jugak suka bukak tutup peti. tengok tv, pastu gi dapur minum air dan bukak peti. pastu gi depan balik, tengok tv. time iklan, pegi bukak peti balik. ambik bau peti je sebenarnya. dan rutin itu berlaku sampailah kaki penat nak ke dapur or terbuat benda lain. wahaha!

bila bosan gak biasanya, makan kuaci. i'm a nut addict. semua kacang pon best. kuaci ni senang sebab kalau mkn, takdelah rase bnyk dan mudah nk cari kt kedai kedai runcit. cashewnuts, peanuts, macadamia, almond, pistachio is the best !

i'm raarely being alone so, biasa tengok tv je kat umah. food channels are my best buddies !
 

rain drops. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review