Sunday, October 14, 2012

Tabah.

Posted by irnasofia at 3:44 PM 0 comments Links to this post
Assalamualaikum.

Minggu yang membuatkan minda ini berfikir dan terus berfikir.

Khamis. 6am.
Tersedar dengan ketukan suara sayup. Suara yang dikenali, ya. Aman. Suara Aman. pantas membuka daun pintu, Aman siap bertudung, dengan beg, disamping KakLong di sisi .belum sempat bertanya , Aman sudah menjelaskan keadaan dirinya.

"Na, ayah Aman takdok doh"

Allah. terkejut. kaget. Lantas, tangan merangkul tangannya perlahan, cepat tangan ini mencapai bahunya dan memeluk erat tubuhnya.

Terus, teringat akan arwah.
Berbadan besar, berkacamata, dengan kereta trooper yang maha besar itu, suka tersenyum. ingatan kepadanya menerpa. Kedai e-rup sup tempat arwah mengambil aman yang biasanya kami tinggalkan disitu, bandar Pasir Putih, tempat arwah menunggu kami tiba. Senyumnya, gurauannya. Ahh, pengat pisang di rumah Aman ketika kami singgah dirumah arwah. Dipaksanya irna makan. Dipesan akan cita cita irna yang tak kesampaian, di berinya motivasi supaya kuat untuk menjadi cikgu. Dinasihatnya supaya terus mengikut nasihat ibu bapa, katanya berkat ibu bapa sentiasa ada. Semua ingatan itu menerjah masuk.

Aman pulang. Dipagi Khamis itu. Dan aku, masih terkejut.

Memaklumkan semuanya kepada rakan rakan. Berbincang untuk ke Tanah Merah. Alhamdulillah, selamat sampai jam 5 ptg.

Setibanya kami disana, kagum dengan kehadiran jemaah untuk solat jenazah. Teringat akan hadis mengenai solat jenazah. Arwahnya baik. InsyaAllah, ditempatkan di tempat yang baik - baik. Allah sahaja yang tahu perasaan sebak ketika melihat jenazah di sorongkan ke van jenazah. Kenderaan terakhir kita semua. Deras, hati ni terfikir akan keadaan sendiri bila tiba masanya. Siapa imamnya, siapa yang akan mandikan aku ? Siapa yang akan mengkafankan aku ? Adakah tertutup aib aku ? Sampaikah doa doa dari kenalan dan kerabat ku ? Mudahkan perjalanan ku ? Bagaimanakah pula dengan keluargaku, redhakah dengan pemergiaanku kelak ? Allahu'alam.

Lama sungguh aku tak di ingatkan dengan berita kematian, lama sungguh aku tak menghadiri keadaan sebegini. Ingatanku , mungkin ketika aku masih berumur 13 tahun, ketika moyangku meninggal. ketika itu, tiada iktibar mahupun natijah yang aku poreleh. kosong. sekadar pergi, membaca yasin dan pulang. Rugi rugi. Alhamdulillah, aku disedarkan dengan berita ini. Allah boleh memanggil kembali hambanya, tak kira kita sedia atau tidak.

Laju langkah ini mencari Aman. Matanya bengkak, merah. Aman yang dikenali yang paling susah mengalirkan air mata , tapi air matanya gugur untuk orang yang disayanginya.

"Ibu... "

Aman memanggil aku dengan panggilan itu. Menyuruhnya sabar, tapi aku tahu dia kuat. Aku mungkin tak sekuat dia.

mencari Ummi. Ummi Aman, antara yang aku rapat. Ummi memelukku erat. Mungkin kerana aku yang dikenalinya. Aku sebak dalam pelukan Ummi.

"Nanti Ummi lah yang kena hantar Aman, papa takdok doh."

Ya Allah. ayat itu, mampu membuatkan hati ni gugur. Ummi jangan risau, irna hantar Aman. Ummi jangan risau. Aman antara teman terapat di maktab, antara yang aku susahkan sepanjang aku sakit. Aman yang terpaksa drive setiap pagi untuk hantar aku ke Teltrac sebab aku tak mampu nak berjalan jauh. Aman yang bila aku mengaduh sakit, akan datang ke bilik bertanyakan khabar. Aman yang manja.

Aman sempat lagi bergurau, menghormati kami sebagai tetamu. Cekalnya dia, Allah sahaja yang tahu. Tabahnya dia, Allah sahaja yang tahu.

Moga Aman @ Adik terus diberikan ketabahan itu ya ! :)

- Bila tiba masanya, kita juga akan ke destinasi yang sama. Tanah itu juga menjadi yang teman kita. - irna



 

rain drops. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review