Monday, May 28, 2012

Apendiks : Kronologi dan Muhasabah

Posted by irnasofia at 1:21 PM 0 comments
Assalamualaikum.


2 Bulan lepas, muntah muntah, sakit perut yang kosisten, 3 klinik, 1 hospital, 6kg hilang. kurus kejap time tu, bahasa lain, cengkung. Disebabkan terlalu sibuk dengan drama, sakit tidak dilayan. Demam yang konsisten.

Sebulan yang lepas,
Muntah muntah. tapi tidak memudaratkan. muntah bila makan. demam yang konsisten. sakit perut tanpa sebab yang berpanjangan.

2 Minggu lepas.

12 / 5 : petang sakit perut. tapi kejap kejap. keluar makan bersama K.Azie, K.Aina dan K.Zati di NR. makan makan dan beseronok. mula merasakan sakit perut yang pelik ketika mahu pulang, tidak diendahkan. Berkejaran dengan kak azie mahu pulang awal, ada solat hajat di balai, sebelum di balai bersama K.Azie, mengaduh sakit perut, letak balm di perut, sempat bergurau manja dengan K.Azie. Keluar bilik dan ke balai dengan berperfumekan balm. Rasa mahu nangis, sakit perut mencengkam, mencucuk cucuk di sebelah kanan. Kemudian, usai solat di balai, K.Azie keluar, di tinggalkan keseorangan dalam bilik, melayan twitter dan FB, berpeluh peluh kesakitan. Sempat tweet mengenai perut. Pkul 10.30pm, text Nana untuk ubat sakit perut. Tepat jam 11, Nana datang bilik, bertanyakan khabar dan memberitahu ubat sakit perut takde. Nana mencadangkan supaya ke klinik kesihatan berdekatan, kaki sejuk, berpeluh - peluh, tanda menahan sakit yang berpanjangan. berkira kira mahu pergi atau tak, memandangkan sudah 11.10pm, lagi 20 minit pagar IPG akan ditutup. setelah dibrainwash-ED, tudung pink polka dot disarung, kunci kereta dalam almari dicapai, purse atas katil diambil, berlari lari anak ke kereta, sebelum pagar ditutup. Teah dan Seha berada di seat belakang, Nana di bahagian penumpang depan. Terus ke Klinik Kesihatan Batu Rakit, malangya tutup. Rasa mahu terus saja pulang ke IPG, tapi perut semakin mencucuk. Membuat keputusan hendak ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, kira kira 20 minit dari IPG. Nana berpesan supaya memandu dengan berhati hati. sempat Nana mintak maaf sebab tak dapat nak tolong drive.

tiba di hospital, parking tempat tak sesuai, terus ke bahagian kecemasan. Nana daftarkan. Nama dipanggil, terus masuk, diambil BP dan temperature. BP tinggi, sempat nurse tanya sama ada ada high blood pressure tak. bacaan 147/92. senyum kelat.

Masuk bilik 1, Dr.Aizat. sempat dipuji nama. senyum kelat lagi. dibaringkan dan ditekan perut sebelah kanan. sakit, senyum lagi. terus di bawa ke bahagian ER (bilik merah )*merah means kritikal. di periksa oleh doktor doktor lain, diagnosis awal, acute appendicitis. telan air liur. tergamam. di bawa kembali ke bilik 1, di cucuk jarum untuk dimasukkan air. *noted, dicucuk sahaja. Nurse ambik wheelchair, disuruh duduk. rasa mahu gelak, tak suka ditolak begitu. sempat bergurau dengan Nana, Teah dan Seha. perut mencucuk. Wad 2, Tingkat 2 katil 12. bertukar uniform, dari serba hitam kepada hijau. Jam menunjukkan pukul 12am.

13/ 5 : 12 am

Suruh Seha dan Teah balik, suruh diorang ambik barang barang. sempat mereka membeli roti dan air mineral untuk kami. handphone Nana dan Irna battery kritikal. Seha dan Teah pulang dengan izatt, balik ke rumah Teah, memandangkan pagar telah pun ditutup. Jam 2.30am, mengaduh sakit perut. Nausea lagi, dan lagi dan lagi. Menahan diri dari muntah. Nana membantu. Sakit tak tertahan berlarutan selama sejam. baring, sakit berkurang. Nana minta diri untuk isya'. Menahan sakit untuk beberapa jam lagi. Diambil darah, urine test. Menunggu Subuh. Jalan membuatkan perut semakin sakit, kerusi ditarik. Subuh di situ.

Nana tertidur keletihan kurang lebih sejam. Irna masih belum tidur. Sakit masih dirasa. Mak masih belum dimaklum. Ummi Zakiah call, bertanyakan khabar dan sempat menyuruh Nana mengambil test. doktor datang lagi, ditekan lagi perut. rasa mahu disepak sahaja doktor, saya sakit. cukup cukuplah itu *emo seorang pesakit.Mereka menyuruh makan. Ditenung sahaja, tak rasa nak makan, takut nak makan, takut muntah. Last last, mintak roti ngan Nana, Nana bersiap sedia dengan plastik kuning muntah
. Mengigit buat kali pertama, sedap. Kali kedua, mula meloya, terus dicapai plastik kuning. Tahniah buat diri sendiri. Roti selamat bersemadi dalam plastik kuning. Hanya air mineral yang mampu di telan. Tramadol ( painkiller) diberi.  Hospital kecoh dengan kematian beberapa orang makcik, Insaf. Singkatnya hidup seorang manusia.Call mak, mak mahu datang. 3pm, Ajak Nana tidur, 1 malam kami tak tido. Kami keletihan. 3. 15pm, Tersedar, nampak mak. Mak datang dengan abang. Solat Zohor dan Asar dengan Nana, kedua dua solat masih mampu solat sempurna di rakaat pertama, rakaat seterusnya, sakit mencengkam. Insaf.  Pucat.

Jam 5 p.m, doktor datang, memberi kata putus, benarlah, setelah di ultra sound pagi tadi, diambil darah, acute appendicitis. Pembedahan segera perlu dilakukan, mak meminta untuk di transfer ke HUSM, Kubang Kerian. Irna menolak, mak tegas. Terpaksa, untuk kesenangan semua katanya. Sambil menunggu semua urusan transfer hospital siap, bermanja manja dengan mak. Rasa macam anak kecil. Bahagia. Jam 6 ptg, Teah, Seha, Izatt, Irfan dan Azmi sampai. Mereka bertanyakan khabar, memberitahu semua keadaan. Kunci kereta PFX bertukar tangan. Meminta Azmi menjagakan harta. Menyatakan wasiat harta yang lain kepada Nana. :P Mereka pulang. 15minit selepas itu, discharged. bersedia untuk bertolak ke KB.

Sepanjang perjalanan hanya tertidur, keletihan. sesekali tersedar, sakit. Abang menawarkan ice cream cornetto, 2 aiskrim cornetto. rasa mahu di ketuk kepalanya. menolak lemah, hanya mampu mengomel sendirian. membayangkan keenakkan ais krim dan tertidur. 11pm, sampai di rumah. Mandi dan menyiapkan diri. 11.30pm, terus ke HUSM. Dibawa ke bahagian kecemasan, surat rujukan HSNZ dibawa. HUSM penuh, terpaksa di transfer ke HRPZ II. menaiki ambulans. insaf lagi.

14/5 : 12.30am.

Di bahagian kecemasan HRPZ II. di baringkan di sana. terbaring selama sejam dalam bahagian kecemasan. kemudian ditolak masuk wad. Wad 28, katil 9. kepenatan, tertidur. Diambil darah lagi. di masukkan IV drip. diperiksa doktor. tidur lagi. secara amnya sudah berpuasa selama sehari. sejak dari Hospital Terengganu.

 Paginya, doktor memeriksa. memberitahu mungkin di bedah hari itu. Nervous, tapi rasa sakit yang melebihi had, mahu segera dibedah. Diberikan antibiotik melalui IV yang berpanjangan. berbeg beg. Dimasukkan air, berbeg beg. Di ambil darah kali berkali kali. diambil darah di bahagian nadi. Sabar sabar.  Nab datang melawat, menahan sakit. Jangan ditunjuk lemah.

Mak pulang, diganti dengan adik pada petangnya. sempat mengajar adik Bahasa Arab dan Chemistry Ting. 5. Aliah, datang dan pulang. Sambung mengajar adik. Adik pulang, Mak sedara datang. melayan mereka dalam kesakitan dan kepenatan.

Malamnya, kelaparan. cukup 2 hari berpuasa. sangat lapar. Kepanasan, mintak dengan mak nak mandi. selesai mandi, mahu tidur. sempat tidur 2 jam. dibangunkan oleh nurse, disuruh tukar baju, dari hijau kepada putih. Baju untuk pembedahan. menelan air liur tapi syukur sebab dapat dibedah. Dah tak tahan nak tahan rasa sakit. sempat text orang orang yang berkaitan dalam hidup sebelum dibedah.

15 / 5 : 12 am.

Disorong ke bilik pembedahan Intan. Doktor bertanyakan nama, dan latar belakang. seram. bilik putih, doktor berbaju biru dan hijau. Menunggu di kawasan Pra-Pembedahan selama setengah jam. tunggu turn. Pakar bius datang, tanaykan berat dan sejarah perubatan. Saya lapar.

12.30am, disorong lagi ke kawasan pembedahan. disuruh baring. dilekatkan pelbagai wire yang berkaitan, diambil bacaan BP dan nadi. di cucuk air. dicucuk lagi tangan, dimasukkan air lagi. diberikan oksigen, bertnyakan nama, untuk kepastian, diperkenalkan doktor, Dr. Anas. Disuruh mengucap dan istighfar. Diberikan bius dan saya tidur...

2.30am, dibangunkan perlahan. dipanggil nama. tersedar, ditarik sesuatu dari keronkong, perit, ditanya sama ada mampu bernafas atau tidak, mengeleng lemah, tersedak sikit. tertidur lagi.

dibangunkan lagi, ditanya sama ada mampu mengangkat kepala atau tidak. mencuba, tak mampu. tidur lagi. Ditanya lagi soalan yang sama, mampu. disorong ke wad. tak sedar.

8am. Tersedar. mahu ke toilet, nyaris pengsan di toilet, gara gara ubat bius. pucat lesi.

12.30pm. diberikan lunch. rasa bahagia, nak makan. lapar. makan tak sampai suku. cukup, dah kenyang. bahagia dapat makan. bergurau senda dengan sepupu yang menemani. sempat snap gambar dan hantar ke Nana. buat motivasi :P. Kawan kawan baru nurse sebaya bertanyakan khabar. senyum dan berbual bual besama mereka. sudah mahu discharge. gembiraaaa !

5pm. discharged. Bahagiaaa ! ayah parking depan sekali. berjalan sendiri, tak mahu di wheel chair. balik, tidur. bahagiaaa berada dirumaaah :)


Note
* muhasabah diri ketika sakit
* singkatnya hidup seorang manusia.
* nikmat dan nilai ibadah wajib ketika sakit.
* syukur diberikan rakan rakan yang terbaik !
* Nikmat waktu sihat
* kaffarah.
* Nilai teman dan sahabat
* Menghargai MC yang diberikan. ( MC habes hari ni )
* Sayang seorang Mak.
* Trust.
 

rain drops. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review