Saturday, December 22, 2012

Bingung

Posted by irnasofia at 2:29 AM 2 comments
Assalamualaikum.
Berkesempatan menerwang jauh lagi. Alhamdulillah.
Sekarang berada di johor. menikmati sisa cuti semester yang masih berbaki sehari dua cuma.

*post ini mengandungi unsur monolog dalaman.

Sempat menemani anak sedara di taman, di berikan peluang, menikmati udara petang pasir gudang. sambil Nisreen bermain gelongsor, aku duduk di buaian, meneliti pergerakan nisreen dari jauh. kelihatan beberapa kanak kanak dalam lingkungan umur 8-12 tahun sedang seronok bermain bersama.

Sedang seronok aku melihat mereka bergelak ketawa, aku melihat diri aku dan mereka. apa beza mereka dan aku?

seronok mereka bermain. seronok mereka bergelak ketawa sesama mereka. seronok mereka berkejaran. tanpa masalah, tanpa resah.

aku juga seperti mereka dahulu. dan mereka juga akan mengalami perkara yang sama seperti aku alami sekarang, mungkin berbeza keadaan tapi natijahnya sama.

aku dahulu sama seperti mereka.
tiada masalah besar yang perlu difikirkan. masalah paling besar pada waktu itu ialah bagaimana mahu menyiapkan kerja sekolah, memikirkan apa yang perlu dibuat balik sekolah nanti, bermain pondok pondok atau polis sentri, apa yang mahu dimakan.

aku juga sama seperti mereka.
tiada resah. hanya takut akan suntikan di sekolah. hanya takut apabila guru kelas memberikan keputusan peperiksaan. itu sahaja.

kini. tiada lagi semua itu.
aku sudah dewasa. aku sudah tidak seperti mereka. masalah banyak menerpa, resah banyak meresahkan jiwa. kadang kadang aku tersungkur, penat. letih.

aku dulu tak mengenali penat letih, hanya aku dan dunia aku. kini, aku tahu erti penat, erti letih. aku yang tak kuat atau aku sedang mencipta kelemahan?

seharusnya aku tahu, semua yang terjadi, untk mengajar aku lebih kuat. aku merasakan aku semakin kuat hari ini, tapi esok aku rasa aku kalah. aku bingung. aku bingung dengan diri sendiri.

kerap aku bertanya. aku masih belum menerima apa apa jawapannya.

masih bingung.


 

rain drops. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review