Wednesday, March 20, 2013

Monolog Fasa II

Posted by irnasofia at 9:48 PM 0 comments
Assalamualaikum.

Sape sape yang kenal saya, mesti tahu yang saya sedang dan masih dilanda ujian. Nikmat sihat yang ditarik sekejap selepas berbelas belas tahun hidup selesa. Alhamdulillah for that.

Alhamdulillah ? Allah tarik nikmat sihat pun masih alhamdulillah ?
Ini bukan main main. Ini bukan post bajet alim, ini post akan muhasabah diri. Betul, sungguh saya berterima kasih kat Allah bila Allah tarik sekejap nikmat sihat yang Allah bagi percuma selama ni. Sungguh saya bangga sebab dalam berjuta - juta trillion manusia yang ada, saya adalah antara manusia yang Allah pilih. Mesti ada kelebihannya, mesti ada sebabnya.

Dalam bersyukur akan ujian ni, kadang kadang mulut ni tak lepas dari mengeluh. Kadang kadang, mulut ni senang menyalahkan takdir, menyalahkan qada' dan qadar Allah, menyalahkan semua. Semuanya kerana iman yang kurang, I'm a human being, memang akan normal berkelakuan begitu, tapi malu akan diri sendiri bila senang mengomel dari mensyukuri nikmat. Malu.

Dalam bersyukur, mata tak lekang dengan air mata. Menangis, kesakitan. Menangis, bila nak makan tapi tak dapat, Menangis bila nak beraktiviti lasak tidak dibenarkan. Menangis bila makanan yang sepatutnya dihadamkan tak sempat sampai ke perut sudah jatuh di sinki, di tandas. Menangis bila terpaksa tahan sakit, pedih perut. Ya, saya menangis, Saya menangis bila sakit. Tapi saya belajar untuk tidak menangis di depan orang. Ego ? Bukan. Saya sedang belajar tidak terlalu menjadi manja. Saya belajar untuk tidak selalu mengaduh. Saya belajar untuk tidak selalu mengeluh. Saya belajar untuk menjadi kuat. Orang islam mesti kuat, bukan lemah. Ujian untuk menguatkan, bukan melemahkan.

Degil ? Bukan. Saya mengakui, kadang kadang saya terlalu mengikut perasaan, Kedegilan saya kadang kadang akan menyusahkan orang. Sungguh, saya bukan sengaja suka menyusahkan orang, saya bukan berniat untuk menjadi degil. Saya belajar untuk menjadi kuat. Saya tidak mengajar diri saya menjadi lemah dan lembik. Yang bila diuji dengan deman, terlantar tanpa kata, Yang bila diuji dengan selsema, lemah tak berdaya. Itu bukan saya. Saya belajar untuk melawan rasa kurang selesa, jika rasa mahu demam, terus pantas bergerak, keluarkan peluh. Bukan terus menelan ubat demam. Itu bukan cara saya.

Saya bersyukur sebab Allah tarik nikmat sihat dari diri saya ni buat seketika. Ketika inilah, saya boleh betul betul bersyukur bila saya dah betul betul sihat kelak. Ketika sakit juga lah, rukhsah yang dipelajari di sekolah dulu boleh dipraktikkan. Ketika itulah, ibadah ketika duduk, baring dan isyarat mata digunakan. Untungkan ?  

Sakit ini bukan seberapa sangat jika nak dibandingkan dengan orang lain yang jauh lebih teruji. Dan Saya bersyukur sebab Allah uji betul betul ikut kemampuan diri saya. Macam yang Allah dah janji tu. Allah tahu saya boleh, dan kenapa saya nak mempertikaikan kebolehan saya sendiri ?

Siapa kata saya tak rindu ketika sihat dahulu. Masa tu, hanya fikir akan makanan. Balik kelas, dibedalnya main main nasi 3 pinggan. Siap makan yang kawan punya. Belum dikira lagi dengan megi, nikmatnya makan megi 2 3 bungkus sekali hadap. Makan kenyang kenyang sampai tak terbangun. Pagi, lunch, dinner tak pernah miss. Ikan keli kegemaran santapan wajib harian. Kari ikan, asam pedas, western, semua pun makan. Allahu, saya rindu saat itu. Mungkin kerana itu juga, Allah tarik nikmat makan. Mungkin, Allah nak ajar agar lebih bersyukur lepas ni, makan bila perlu, bukan untuk nafsu tapi sekadar nak dapatkan tenaga untuk beribadah.

Buat yang sedang sihat, dan sedang sakit.
Hargai kesihatan. Syukur akan kesakitan. Allah pilih sebab sayang, jangan banyak mengeluh, Allah rindu rintihan anda. :)

Saturday, March 9, 2013

Randoms

Posted by irnasofia at 5:35 PM 0 comments

Assalamualaikum.

Hectic life. busy day. painful tummy. serious nausea.tired weekend. unstable emotion. friendship problems. all packed in a go !

Allah loves me, and i know it.

 

rain drops. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review