Sunday, February 17, 2013

Double Standard

Posted by irnasofia at 10:19 PM
Assalamualaikum.

Double standard. Salah kita atau salah sape ?

Situasi sama.
Ayah : Umur 60 : Berkain pelikat (pakaian favourite beliau) :

Yang berbeza ;
Situasi 1 : berkereta kancil lama. masih situasi di atas. ke kedai makan yg jarang ayah pergi.

Pelayan : layan tak layan. Ambik order pun nak tak nak je.
Makanan : lambat sampai.
Masa bayar : Tauke kedai acuh tak acuh. muka masam macam limau nipis.

Situasi 2 : berkereta sedikit besar. masih situasi di atas. ke kedai tadi lagi.

Pelayan: layan manis muka. Ambik order tak sempat nak pikir nak mkan ape.
Makanan : laju. panas. panas.
Masa bayar: tauke kedai senyum. muka paling sweet lah.

Pelik. padahal ayah saya masih seorang yang sama. masih berkain pelikat kegemarannya ke mana mana.

Lain kesnya di restoran di kawasan rumah. Orang dah kenal ayah, bila ke sana, biasanya dilayan dahulu. Kami sampai lambat pun, pastinya dilayan dahulu, muka manis.

"cikgu nak makan ape hari ni.." *muka manis ting ting*

Ketidak adilan berlaku disitu. Ayah kami masih sama seperti pelanggan - pelanggan anda yang lain. First come, first serve. Kami tak biasa didahulukan begini. Kami orang biasa, tiada yang lebih. masih rakyat biasa, masih sama.

Double standard.

bila orang kampung dah mula menghitung. ahh, serabut.


0 comments:

 

rain drops. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review