Sunday, May 29, 2011

Saya Seorang bakal Pendidik!

Posted by irnasofia at 12:12 AM 10 comments
Assalamualaikum (:

after all those rainy days, there always gonna be sun behind every cloud!

Alhamdullilah.Alhamdullilah.Alhamdullilah.

Yaa. nak dikongsikan disini.*Tak nak baca, sila cross tab ye!*. Masa keputusan maktab keluar, perasaan masa tuh adalah terkejut yang amat. yelah, tak semena-semena, dapat mesej:

MOE: Tahniah! Anda ditawarkan ke Program KPLSPM Ambilan Jun 2011.blah blah blah.

masa tu siap terlanggar batu kat pagar rumah nenek daa. terkejut yang amat. siap pekik-pekik. benda pertama yang cross time tu adalah, my daddy. dah dah. full stop. tak nak cita banyak.
So, preparation untuk ke matrikulasi di tinggalkan tergendala begitu sahaja sampailah sekarang. :P

ya. cita cita saya nak jadi doktor. sejak dari saya kecik, tu yang saya tulis kat mana-mana. ingat lagi kat story book, adalah dulu gatal-gatal tulis biodata diri, kat situ irna tulis cita-cita doktor pakar bedah. masa tu umur dalam 7 or 8 tahun gitu. then, bila dah besar sikit, teringin nak jadi lecturer pulak. lecturer bahasa inggeris lah, sebab time tu, minat sangat bahasa inggeris selepas belajar ngan teacher nooranita, teacher ruth ngan teacher roslina masa darjah 4-6. then, bila form 3, bila ada sesuatu terjadi pada saya, minat nak jadi doktor tu ada balik. bila dah selalu sangat ke hospital, minat jadi sangat sangat mendalam. masa tu, siap ngidam ngidam lagi dengan kawan-kawan nak bukak klinik sendiri. konon-konon nak buat macam an-nisa' tuh. tapi kitaorg punya klinik nama al-mar'ah. siap dah bagi nama dan positon masing-masing dah kat situ. yang ingat laa, ten bahagian neuro, mas bahagian farmasi, im dan irna sendiri bahagian sakit puan. tu angan-angan masa dulu lah. bila teringat balik, ye sangat sedih bila tak dapat yang diidamkan.

minat bahagian perubatan ni memang tahap tertinggi. setiap hari ahad, bila beli mingguan malaysia, metro ahad ke, or mana-mana bahagian kat majalah pasal perubatan, mesti siaplah dikerjakan. digunting dan dilekatkan kat buku. dulu, ingat lagi, mak tipu cakap surat khabar yang irna simpan, konon-kononnya mak dah buang, siap nangis nangis lah!

Tapi,
bila rezeki dah takde kat situ, ya, mula-mula cuak gak, yelah benda yang diinginkan tak dapat, kawan-pkawan pon semua dah masuk U semua, course pon best best, jeles tu sikit-sikit adlah, tipu la kalau takde kan. then, bila difirkan balik, dengan kakak-kakak semua ada nasihat,sikit sikit dah mula terima takdir.

KakYong cakap:
takpe lang, mungkin dah kat situ rezeki kaklang. tapi ingatlah, kita kejar jugak apa yang kaklang nak, insyaAllah DR tu kaklang akan dapat. kalau tak dari bidang perubatan, kita dapat dari bidang pendidikan. kita ambik master and PHD eh?

Dan, kaklang kena ingat, result kaklang nak kata cemerlang sangat, takdelah, tapi result tu boleh dibanggakan. dengan keadaan kaklang, kaklang dapat jugak macam tu. kaklang bukan budak tak pandai, cukup pandai. ingat, kalau bukan budak pandai macam kaklang yang tak jadi cikgu, sape lagi? takkan nak suruh budak-budak yang ntah pape tu?rosak la budak budak nanti. jadilah cikgu yang bijak, ilmu ilmu yang dapat dulu, gunakan. jadi cikgu yang bijak dan cerdik.

KakNgah cakap:
Maybe Allah dah tau. kaklang mungkin tak cukup kuat nak jadi doktor, tapi cukup kuat nak berdepan ngan macam macam perangai budak budak yang doktor doktor tak reti nak handle.mungkin kaklang jugak tak cukup kuat dari segi emosi nak layan pesakit yang pelbagai tapi cukup kuat nak tahan emosi layan budak budak yang nak membesar yang kadang kadang menyakitkan hati. mungkin jugak kaklang tak cukup kuat dari segi fizikal nak tahan life doktor yang mencabar tapi mungkin kaklang cukup kuat tahan cabaran dengan budak budak yang lasak fizikalnya. Allah tahu yang terbaik untuk kaklang.

Alhamdullilah, sedikit sebanyak, kata kata diorang amat membantu. mula mula, tak terdaya jugak nak tahan dari menagis, tapi betullah, lepas benda benda macam ni, irna dah jadi lagi kuat dari dulu. mungkin inilah pengajaran yang tersirat yang mungkin nak Allah tunjukkan.

Masa saya dapat dan terima maktab ni, rasa rendah diri tu ada. yelah, kawan kawan semua dah ke universiti. irna maktab je. tapi lepas tuh, irna sedar. lepas maktab irna boleh terus sambung ijazah. tanpa perlu susah susah takut kena campak mana-mana. kalau masuk asasi, matrik,tamhidi or whatsoever tu, chance nak kena campak still ada. yelah, bila dah masuk uni, result spm tu dah takde erti. semua based on result time tu. nak tak nak, kena tip top. kalau tak, ready lah.dengan keadaan sekarang, faham-fahamlah. even masuk U pon, peluang mengganggur tu ada, dpat pulak course yang mungkin sedap telinga mendengar, tapi kerja takde.

Sekarang irna dah back to the cita cita lama dulu, insyaAllah dalam 5 tahun dari sekarang, akan bergelar Teacher.nak jadi cikgu yang baik :)

teringat pulak time zaman sekolah. cikgulah yang paling kita rasakan betul. papehal, mesti cakap,"cikgu kata...". hebat kuasa cikgu kan?
Bila dah nak masuk maktab ni, teringat jugak kat cikgu cikgu sekolah lama dulu. macam macam dah cikgu cikgu buat. kadang kadang konfius, ni cikgu ke kerani? ni cikgu ke doktor? ni cikgu ke pembantu am sekolah? yelah, semua cikgu buat. kerja kerja pejabat pon kadang kadang cikgu kena buat, budak sakit kat sekolah cikgu yang jaga, benda benda rosak, walhal meja budak budak nak exam pon cikgu yang angkatkan. masa dulu, mungkin kita tak sedar apa yang cikgu buat kat kita.kan?

Saya seorang pendidik!

Semoga inilah jalan yang terbaik, Buat kawan-kawan yang masih mengejar cita cita, teruskan! good luck and all the best! :)



Tuesday, May 10, 2011

Barang untuk diPACK!

Posted by irnasofia at 1:14 PM 3 comments
Assalamualaikum and good day fellas! :)

Rata rata lepasan SPM 2010 sudah ditawarkan dengan tawaran-tawaran tak kira dari program matrikulasi, asasi, foundation, tahmidi dan lain lain. Dan kebanyakan mereka akan memulakan pengajian pada lewat bulan Mei atau awal bulan Jun. Tak kurang jugak yang menunngu tawaran dari maktab. Pilihlah yang terbaik :) *cakap mcam pro,haha*

so, hari ni terasa nk post pasal barang yang kena bawak kat sana nanti. well, preparelah awal2 ye!nanti takdelah kalut sangat nanti.ni mostly dari carian google,Nadia Amran dan sumber sumber yang boleh dipercayai :)

List untuk barang-barang tersebut adalah seperti berikut ;
1. baju kurung
ni adalah untuk pompuan. well, formal attire untuk pompuan yang paling bersopan. bagi lelaki lak, jangan nk gi kelas pakai baju melayu plak. for boys, baju kemeja

2. Blouse - untuk pompuan jugak. bajet2 buat jalan2 nnti.

3. Seluar - suka hati la nk bawak seluar pape pon. shorts, slack. tapi untuk sukan bawalah tracksuit ye.

4. tudung dan skarf - common colours adalah seperti hitam, putih, biru, hijau, oren. kalau agak2 nak bukak butik pon boleh :)

5. kasut - untuk ke kelas. sebaiknya kasut yang bertutup. heels? suka hati lah. kalau jatuh, sila bangun sendiri. sebab irna pon insyaAllah ke matrik, matrik mengkhaskan untuk pelajarnya pkai kasut bertutup. IPTA lain, irna tak tahuuu~

- kasut sukan jugak. ni untuk riadah nanti.
-stokin dan sarung kaki

6. selipar jepun - untuk ke tandas nanti.


7. Barang mandian - shampoo, sabun (baik pakai shower gel, takde la leceh sangat), berus and ubat gigi pencuci muka , toner, moisturizer, blablabla

8. Alat kebersihan diri - Pengetip kuku, bedak, deodaran, lipbalm

9. barang basuh baju - sabun basuh baju, berus, bleach. baldi and raga(buat letak barang mandian)

10. kain basahan

11. iron - taktau la samada tempat korang beljar tu boleh bawak ke tak iron ni

12. Al-Quran dan mathurat- penting.sangat penting. sumber kekuatan dalaman

13. kelngkapan solat -sejadah dan kain sembahyang

14. beg- untuk ke kelas. suka hati la nak yang camne, jangan bawak luggage suda!

15. Alat menyentap - mug, pinggan , sudu, tupperware, instant snacks macam biskut and roti, 3 in 1 instant drinks. takut2 lapar and malas nk turun kafe.

16. Alat electronic - handphone dan chargernya, camera , lappy

17. komik dan buku2 lain - untuk hilangkan stress.

18. jubah dan sweater

19. dictionary

20. sewing kit - untuk jahit pape yang koyak

21. ubat ubatan - untuk yang memerlukan. biasa bawaklah panadol, ointment, ubat selsema (
22. lampu suluh - untuk prepare kalau blackout

23. kain buruk - buat lap habuk etc

24. sapu tgn - takut-takut kena cold. :)

25. brooch - untuk yang bertudung

26. Alat tulis- buku nota (buat tulis hutang), college pad, calculator etc.
 
27. gambar- gambar ni bawak la gambar family and kawan2. bak kata Nadia Amran sangat diperlukan ketika rindu datang menjelma.
setakat ni tu je yang termampu dan rasa2nya penting setakat ni.yang lain lain tu, tambah la sesedap rasa ye.


bagi menkome2 yang dah biasa tinggal hostel, benda ni dah tak jadi masalah dah.

p/s: macam la ready sangat nk tinggalkan family! huuuuu~


fellas, selamat berPacking ye!
 

rain drops. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review