Sunday, May 29, 2011

Saya Seorang bakal Pendidik!

Posted by irnasofia at 12:12 AM
Assalamualaikum (:

after all those rainy days, there always gonna be sun behind every cloud!

Alhamdullilah.Alhamdullilah.Alhamdullilah.

Yaa. nak dikongsikan disini.*Tak nak baca, sila cross tab ye!*. Masa keputusan maktab keluar, perasaan masa tuh adalah terkejut yang amat. yelah, tak semena-semena, dapat mesej:

MOE: Tahniah! Anda ditawarkan ke Program KPLSPM Ambilan Jun 2011.blah blah blah.

masa tu siap terlanggar batu kat pagar rumah nenek daa. terkejut yang amat. siap pekik-pekik. benda pertama yang cross time tu adalah, my daddy. dah dah. full stop. tak nak cita banyak.
So, preparation untuk ke matrikulasi di tinggalkan tergendala begitu sahaja sampailah sekarang. :P

ya. cita cita saya nak jadi doktor. sejak dari saya kecik, tu yang saya tulis kat mana-mana. ingat lagi kat story book, adalah dulu gatal-gatal tulis biodata diri, kat situ irna tulis cita-cita doktor pakar bedah. masa tu umur dalam 7 or 8 tahun gitu. then, bila dah besar sikit, teringin nak jadi lecturer pulak. lecturer bahasa inggeris lah, sebab time tu, minat sangat bahasa inggeris selepas belajar ngan teacher nooranita, teacher ruth ngan teacher roslina masa darjah 4-6. then, bila form 3, bila ada sesuatu terjadi pada saya, minat nak jadi doktor tu ada balik. bila dah selalu sangat ke hospital, minat jadi sangat sangat mendalam. masa tu, siap ngidam ngidam lagi dengan kawan-kawan nak bukak klinik sendiri. konon-konon nak buat macam an-nisa' tuh. tapi kitaorg punya klinik nama al-mar'ah. siap dah bagi nama dan positon masing-masing dah kat situ. yang ingat laa, ten bahagian neuro, mas bahagian farmasi, im dan irna sendiri bahagian sakit puan. tu angan-angan masa dulu lah. bila teringat balik, ye sangat sedih bila tak dapat yang diidamkan.

minat bahagian perubatan ni memang tahap tertinggi. setiap hari ahad, bila beli mingguan malaysia, metro ahad ke, or mana-mana bahagian kat majalah pasal perubatan, mesti siaplah dikerjakan. digunting dan dilekatkan kat buku. dulu, ingat lagi, mak tipu cakap surat khabar yang irna simpan, konon-kononnya mak dah buang, siap nangis nangis lah!

Tapi,
bila rezeki dah takde kat situ, ya, mula-mula cuak gak, yelah benda yang diinginkan tak dapat, kawan-pkawan pon semua dah masuk U semua, course pon best best, jeles tu sikit-sikit adlah, tipu la kalau takde kan. then, bila difirkan balik, dengan kakak-kakak semua ada nasihat,sikit sikit dah mula terima takdir.

KakYong cakap:
takpe lang, mungkin dah kat situ rezeki kaklang. tapi ingatlah, kita kejar jugak apa yang kaklang nak, insyaAllah DR tu kaklang akan dapat. kalau tak dari bidang perubatan, kita dapat dari bidang pendidikan. kita ambik master and PHD eh?

Dan, kaklang kena ingat, result kaklang nak kata cemerlang sangat, takdelah, tapi result tu boleh dibanggakan. dengan keadaan kaklang, kaklang dapat jugak macam tu. kaklang bukan budak tak pandai, cukup pandai. ingat, kalau bukan budak pandai macam kaklang yang tak jadi cikgu, sape lagi? takkan nak suruh budak-budak yang ntah pape tu?rosak la budak budak nanti. jadilah cikgu yang bijak, ilmu ilmu yang dapat dulu, gunakan. jadi cikgu yang bijak dan cerdik.

KakNgah cakap:
Maybe Allah dah tau. kaklang mungkin tak cukup kuat nak jadi doktor, tapi cukup kuat nak berdepan ngan macam macam perangai budak budak yang doktor doktor tak reti nak handle.mungkin kaklang jugak tak cukup kuat dari segi emosi nak layan pesakit yang pelbagai tapi cukup kuat nak tahan emosi layan budak budak yang nak membesar yang kadang kadang menyakitkan hati. mungkin jugak kaklang tak cukup kuat dari segi fizikal nak tahan life doktor yang mencabar tapi mungkin kaklang cukup kuat tahan cabaran dengan budak budak yang lasak fizikalnya. Allah tahu yang terbaik untuk kaklang.

Alhamdullilah, sedikit sebanyak, kata kata diorang amat membantu. mula mula, tak terdaya jugak nak tahan dari menagis, tapi betullah, lepas benda benda macam ni, irna dah jadi lagi kuat dari dulu. mungkin inilah pengajaran yang tersirat yang mungkin nak Allah tunjukkan.

Masa saya dapat dan terima maktab ni, rasa rendah diri tu ada. yelah, kawan kawan semua dah ke universiti. irna maktab je. tapi lepas tuh, irna sedar. lepas maktab irna boleh terus sambung ijazah. tanpa perlu susah susah takut kena campak mana-mana. kalau masuk asasi, matrik,tamhidi or whatsoever tu, chance nak kena campak still ada. yelah, bila dah masuk uni, result spm tu dah takde erti. semua based on result time tu. nak tak nak, kena tip top. kalau tak, ready lah.dengan keadaan sekarang, faham-fahamlah. even masuk U pon, peluang mengganggur tu ada, dpat pulak course yang mungkin sedap telinga mendengar, tapi kerja takde.

Sekarang irna dah back to the cita cita lama dulu, insyaAllah dalam 5 tahun dari sekarang, akan bergelar Teacher.nak jadi cikgu yang baik :)

teringat pulak time zaman sekolah. cikgulah yang paling kita rasakan betul. papehal, mesti cakap,"cikgu kata...". hebat kuasa cikgu kan?
Bila dah nak masuk maktab ni, teringat jugak kat cikgu cikgu sekolah lama dulu. macam macam dah cikgu cikgu buat. kadang kadang konfius, ni cikgu ke kerani? ni cikgu ke doktor? ni cikgu ke pembantu am sekolah? yelah, semua cikgu buat. kerja kerja pejabat pon kadang kadang cikgu kena buat, budak sakit kat sekolah cikgu yang jaga, benda benda rosak, walhal meja budak budak nak exam pon cikgu yang angkatkan. masa dulu, mungkin kita tak sedar apa yang cikgu buat kat kita.kan?

Saya seorang pendidik!

Semoga inilah jalan yang terbaik, Buat kawan-kawan yang masih mengejar cita cita, teruskan! good luck and all the best! :)



10 comments:

nadia said...

eh, betul ko ore nok bhgian sakit puan nih?? xingat loh..hahhaa

aliah amran~ said...

Assalamualaikum w.b.t
insyaAllah..
apa yg irna idamkan akan mnjadi knyataan coz aliah tau btapa kuatnya azam irna tuh!!
aliah prcaya irna bleh wat!
bleh wat!
bdak2 prlu cekgu kuat camneh!
bak kata a**q:insyaAllah,irna satu hari 6t akan lbeh brjaya dr ko..~
:)

irnasofia said...

to nadia:
raso-rtasolah,, tok ingat.heee. main bedal je kottt.

irnasofia said...

to mek yah aka aliah:*namo sebenar demo mekyah, bukan aliah.huahua*

thanks, really appreciate that.
bak kata sape?? tak kenal!hahaha. a**q bukan nama sebenar kot.

aliah amran~ said...

haha..eh,,
nama saya aliah la
mc na neh..uhuks..~

hoho..
yak boktey,,
wat xknal plop.
future husband uh...
wakakaka~

mohdrusli said...

sekarang maktab dah tak ada dah. Dah jadi IPG, berstatus universiti. Selepas ikut ppismp anda akan masuk ke program pismp. Jika berjaya anda akan dianugerahkan ijazah sarjana muda perguruan.Tahniah bakal guru. Dapat IPG mana?

irnasofia said...

to aliah amirah: tau ehh. tak kenal~

irnasofia said...

to mohd rusli: dapat ipg kampus dato razali ismail, kuala terengganu. tu lah, orang sebut sebut cakap maktab takde class, belajar ntah pape lah, tapi camtu lah, manusia.

mohdrusli said...

kirim salam kat ustaz mazlam

Maryam Kamal said...

maktab, awak dapat degree terus. dah takde tercampak mana-mana. saya ni misalnya, masih di awang-awangan.. pointer kena pikir sokmo. awak, xpo. siap bulih elaun lagi. jeles.

irna. semua hk yam nk oyak, k.ngah irna oyk dh. and she's totally right! irna, sila reread entry ni banyak2 kali ya, supaya u can always bear in your mind that benda ni dipanggil takdir. dan sbg manusia, kita xlayak nak mengingkari takdirnya. ok! :)

sayang, all the best. insya ALLAH, DIA dah tetapkan yang TERHEBAT, TERBAIK untuk awk. yakin saja dengan Dia, ya! ;)

saya sayang awak <3

;)

 

rain drops. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review