Assalamualaikum.
Agak lama tidak menulis. kekurangan waktu, kesihatan merosot. :)
Ya. kesihatan merosot. selepas di operate apendiks bulan lepas, sakit kembali datang. mula rasa sakit beberapa hari sebelum masuk semester 3. ingatkan takde pape, sakit yang boleh ditahan. tak cakap kat mak, takut. :D
hari ahad, jalan slow slow. sakit nak jalan. pelik pada mulanya. malam mesti cramp perut. mengiring salah, baring salah, duduk lama lama pun bermasalah. drive from KB to KT amat menyeksakan. nasib baik mak bagi pinjam keretanya, takdelah sakit sangat nak drive. kereta mak kereta auto, so takdelah sakit sangat. hari pertama, takde kelas, tapi kena pergi test LDV sebab tempoh hari tak test kes apendiks hari tu.
Isnin, janji dengan madam nak test LDS hari rabu. okay, hari rabu test.
Selasa, dalam kelas. sakit menyerang. sabar je lah. last last sakit sampai terduduk.. memang tak tahan. irna pulak jenis yang tak mengaduh kalau sakit, senyum je lah. tapi kadang kadang, i can't bear the pain. terkeluar perkataan sakit dari mulut, maksudnya memang sangat sakit. terduduk duduk kat kelas. kawan kawan suruh ke klinik, digeleng kepala. hospital? harem.
tengah hari hari selasa, dah tak tahan. text dia untuk hantarkan ke klinik. sudah muntah for 3 times. ke klinik. dibekalkan dengan painkillers dan beberapa ubat. doktor klinik balqis kata mungkin adhesion colic. diberi ubat, dan makan. ubat muntah buat saya mengantuk.
malam selasa. tak dapat tidur. 2 jam menanggung sakit. kawan kawan dah tdur semua. text kawan cakap nak pergi hospital. yes, hospital adalah my last choice. terpaksa. pergi hospital pada pukul 1 pagi. addmitted to ward jam 2 pagi. disuntik dan diletakkan di zon kritikal buat sejam, painkiller yang diberikan sangat kuat. tertidur sampai 5 pagi. doktor terpaksa tahan wad sebab irna too weak. sebab muntah, doktor takut ada apa apa. perut pun bengkak. nana meminta diri untuk pulang ke maktab, ada kelas. 5.30, subuh yang lemah.
tiba tiba teringatkan madam zainab. ya, madam zainab untuk test LDS.
" salam madam, irna here. sorry madam, i can't have the test today as i was warded last night. "
beberapa minit kemudian,
" really? take care of yourself. rest well "
ya. menghadapi pagi di hospital seorang diri. kawan kawan ada kelas, mak belum diberitahu. hari rabu yang bosan. di-wheel chair untuk di scan, diultrasound. insaf sangat, sempat berkenalan dengan makcik sebelah, yang selesai membuat chemo. adik katil depan yang buat pembedahan apendiks, adik yang buang lump di chest, mak cik yang ada tumor kat kepala. sempat berbual dengan makcik masa tunggu di ultrasound. makcik tu cakap dia nak menantu cikgu. makcik bertanyakan asal diri. makcik tu ingat saya orang terengganu. hoho. macam macam sakit manusia. :/
petang kawan kawan datang. terubat kebosanan.
khamis. sakit. muntah. makanan sudah 3 hari belum bersentuh. makan roti pun muntah. peritnya rasa.
mak di inform. terus di call. mak sempat troll nana. mak tak percayakan saya, gara gara tak informkan dia Ayah dah kalut nak ambik saya pulang ke KB. saya tak nak. merengek dengan mak, tak nak balik.
Mohon dengan doktor untuk discharge. kesian kat kawan kawan. Alhamdullilah, dibenarkan. gembira. kawan kawan sempat menegur muka yang pucat. sikit je lah. sihat lagi. :)
masih. masih muntah. semalam dah ke klinik. dktor di klinik suruh refer ke hospital. buat buat tak dengar. malas malas malas. tahan setakat mampu. doktor cakap, unfortunate for me to have adhesion colic. sebab biasa adhesion colic berlaku kat orang yang buat pembedahan macam buang usus atau yang berkaitan. yeas, unfortunate me. dktor suruh refer sebab takut intestinal obstruction. ishh. macam macam. doktor suruh banyak makan. makan sayur dan buah, if my tummy bloated, kena pergi hospital dengan kadar segera. okay, malas malas.
saya nak selera makan saya. saya nak makan dengan banyak. saya tak suka makan lepas tu muntah. saya nak makan macam orang lain. saya nak sihat. saya nak sihat
terima kasih.
Doakan :)
I Love Books
Currently reading:
A Sister's Keeper - Jodi Picoult
True Singapore Ghost Story Book 23 - James Lee
About Irna Sofia
was born on 25th February 1993 at 1.15pm on a bright Thursday.
A daughter of;
Ismail Bin Yasok
AND
Ruyita Binti Hassan
Loves;
ice cream, tranquility, babies and beneficial activities. can't live without books. love to cook, sew, shop and watching TV.
I Was Crafted In ;
SK Islah (2000-2005)
SMU(A) Maahad Muhammadi (P), Kota Bharu (2006-2010)
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu (Jun 2011 - Julai 2013)
Currently;
Doing her Bachelor of Arts in TESL(SK) at IPGKKB, Kota Bharu. InsyaAllah will be graduated in year 2016 and become an English teacher.
improving herself to be a solehah daughter of her daddy and mummy, loving sister to her siblings,friend in need to her buddies and obviously an obedient and pious person to her Allah and Rasullulah.
Daily I learn - sometimes painfully, other times with glee - that mine is a path never meant to be paved.
Future;
Dr. Irna would be my name. insyaAllah !
This blog is created to help her ease her mind. She owns her world in this blog.
Labels
- poetry~ (11)
- The Splendid Schooldays (3)
Wednesday, June 27, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
terima kasih kerana berkongsi rasa. alhamdulillah saya tak pernah lagi mengalami sakit sebegini teruk.. pengalaman orang lain membuatkan saya rasa bersyukur.. banyakkan bersabar ye... Allah takkan membebani makhlukNya apa yang makhlukNya tak mampu menanggungnya. Dia Maha mengetahui. Dia tahu awak kuat. sakit tu kan penghapus dosa. semoga awak diberi kekuatan.
terima kasih @norainirambat. insyaAllah. doakan ye ! :)
Post a Comment