Sunday, February 17, 2013

Double Standard

Posted by irnasofia at 10:19 PM 0 comments
Assalamualaikum.

Double standard. Salah kita atau salah sape ?

Situasi sama.
Ayah : Umur 60 : Berkain pelikat (pakaian favourite beliau) :

Yang berbeza ;
Situasi 1 : berkereta kancil lama. masih situasi di atas. ke kedai makan yg jarang ayah pergi.

Pelayan : layan tak layan. Ambik order pun nak tak nak je.
Makanan : lambat sampai.
Masa bayar : Tauke kedai acuh tak acuh. muka masam macam limau nipis.

Situasi 2 : berkereta sedikit besar. masih situasi di atas. ke kedai tadi lagi.

Pelayan: layan manis muka. Ambik order tak sempat nak pikir nak mkan ape.
Makanan : laju. panas. panas.
Masa bayar: tauke kedai senyum. muka paling sweet lah.

Pelik. padahal ayah saya masih seorang yang sama. masih berkain pelikat kegemarannya ke mana mana.

Lain kesnya di restoran di kawasan rumah. Orang dah kenal ayah, bila ke sana, biasanya dilayan dahulu. Kami sampai lambat pun, pastinya dilayan dahulu, muka manis.

"cikgu nak makan ape hari ni.." *muka manis ting ting*

Ketidak adilan berlaku disitu. Ayah kami masih sama seperti pelanggan - pelanggan anda yang lain. First come, first serve. Kami tak biasa didahulukan begini. Kami orang biasa, tiada yang lebih. masih rakyat biasa, masih sama.

Double standard.

bila orang kampung dah mula menghitung. ahh, serabut.


Friday, February 1, 2013

Laparoscopic Adhesiolysis

Posted by irnasofia at 10:19 PM 0 comments
Assalamualaikum.




Seminggu selepas pembedahan ketiga untuk adhesion colic. Senyum. ( Pembedahan kedua Adhesion Colic )

Letih berpura berpura tak sakit. Letih nak ketip gigi tahan sakit. Kasihan kat mak, ayah, family, kawan kawan, cikgu - cikgu, semuanyalah !

Dan sekarang bisa sakitnya masih ada lagi. Mohon tiada lagi.

22 Januari 2013. Selasa.
Bangun pagi dengan santainya walhal hari tu ada exam. Bangun dengan keadaan yang masih gelap, masih terlalu awal. Ingin tidur kembali, tapi mata tak nak pejam. Nervous. Mandi, al mathurat dan bergolek dengan tablet di katil. sempat menghirup cadbury chocolate drink. Sedia untuk ke Bilik Al-Amin untuk peperiksaan Language Development pagi itu. Sedia sudah.

Masuk ke kamar al-Amin jam 7.40am. Sempat berbual ringkas dengan Irfan time terserempak dengan dia. Tuhan je tahu rasanya bila tiba tiba cramps saat duduk atas kerusi. Allahurabbi. Sakitnya Allah. Kertas Language Development perlu dijawab dalam masa 3 jam, nekad menyiapkannya kurang dari 2 jam sebab nak kejar masa untuk ke hospital. pergorbanan harus dilakukan. Jam 8 pagi, mula menjawab. Alhamdulillah, untuk bantuan Allah, usai semua soalan dijawab tepat 2 jam. Dengan 2 essays yang perlu dikarang, soalan composition yang meleret, 10 soalan objective yang panjang, 1 summary perlu di cipta. Alhamdullilah, sempat.

Mengejar waktu kerana terpaksa pergi ke hospital pagi itu sendiri. Kenapa sendiri ? Tanya HEP. malas nak panjangkan cerita ni lagi. Semalamnya dah menangis sebab tahan geram. Ujian :)

Terus ke HEP pagi untuk untuk ambik memo keluar waktu kuliah. Ambik memo dengan ketua jabatan. Ngam ngam keluar, terserempak dengan kawan, dia nak tolong hantarkan. Rasa bersalah. Alhamdulillah, Allah tolong lagi.

Ke hospital dengan kelaparan. Selain dari cadbury drink  pagi tu, belum menyentuh apa apa. Tiba tiba rasa sedikit demam. On and off abdominal cramps.

Mendaftar wad keseorangan. Belajar berdikari. Menunggu di kawasan mendaftar wad dengan beg  di tangan dalam 15 minit. Makcik makcik di sekeliling pelik melihat. Naik ke tingkat 2, Wad 2D.

Ahh. Wad ini. Wad 2CD. Wad Pembedahan Perempuan. (read this : http://irnasofia.blogspot.com/2012/07/nilai-itu-tak-terbeli.html ) I've been there more than 5 times. Dah tahu semua selok belok. Sempat meneliti pesakit di dalamnya, beberapa muka dicam. Berharap dapat bertemu makcik Roslina lagi :')

Menyerah kad daftar wad ke nurse. Disuruh duduk dan ditegur muka yang pucat. Ya, saya rasa nak pitam. Duduk dan rasa sedikit lega. Terus dilayan. Memang ada bezanya kalau wad yang berlainan kelasnya. Dr Haniff mencari, ditanya nurse yang berdekatan jika irna sudah check ke belum, nurse tersebut mengangguk dan menunjukkan ke arah irna. Senyum kelat ke doktor. Rasa dah demam. Kepala pusing.

Didudukkan lagi untuk diambil rekod kesihatan semasa. Di ambil darah. Bacaan : 106/76. Ditanya secara ringkas mengenai tahap kesihatan dan rekod rekod yang disimpan. Di check suhu badan. bacaan : 37.8 C. Sedikit demam. Di suruh timbang, akur. Part paling sedih ialah bila disuruh naik ke mesin penimbang. Masih berharap berat akan naik. Bacaan : 42.1kg. Semakin susut. Dr. Haniff menegur berat badan yang semakin menyusut. 14kg sudah hilang. Ya, saya sedar akan hakikat itu. Diberikan borang kebenaran untuk dibius pada keesokkan harinya. Ditandatangani.

Usai diambil rekod, nurse menyerahkan baju hijau uniform 'kegemaran' irna di hospital. ditunjukkan katil. Saya sebagai pesakit yang baik, terus menyarungkan baju tersebut dan berbaring di katil. Sempat membaca beberapa bab buku A Stolen Life dari Jaycee Dugard dan Dr. Afif pula datang. bertanya jika ingin dibuat line untuk drip pada saat itu ataupun tidak. Mengangguk sahaja, kepala sakit. Diambil darah, kalis. Tiada rasa. Sempat nap dan mak datang dengan abang chik. tidur keletihan kerana demam.

Suhu badan mulai normal kembali. Bacaan BP sedikit rendah. Mungkin kerana kurang gula kerana sudah muntah 2 kali pada pagi itu. Kepala pusing.

Petangnya 3 doktor pakar datang. Menerangkan satu teknik baru yang sedikit berlainan dari teknik yang sudah dibincangkan sebelum ini tetapi teknik tersebut harus ditunggu selama 2 minggu lagi. Mulanya agak berminat, tapi memikirkan peperiksaan pada esok hari dan segala persiapan fizikal dan mental sudah dibuat. Sudah tak berdaya nak tunggu lagi 2 minggu untuk teknik baru yang tidak dijamin keberkesanannya lagi. Teknik baru yang memerlukan satu alat untuk dimasukkan ke dalam tummy. satu alat yang besarnya sebesar galaxy note. Dari laparoscopic yang hanya memerlukan 3 lubang, menjadi satu garisan panjang untuk dibuka bagi memasukkan alat tersebut, terus menggeleng. Saya sudah sedia untuk esok. Muktamad.

Mereka juga menyatakan bahawa mungkin laparoscopic ini akan menjadi open adhesiolysis jika keadaan usus yang rumit seperti pembedahan kedua.

Diberikan surat kebenaran untuk pembedahan. Ditandatangani.

Tidur lagi. Nana datang melawat.

Malam yang bosan. Menonton tv dari jauh. Nervous sudah hilang. Menguatkan diri. Painkiller diberi.

23 Januari 2013. Rabu.
2 pagi.
Tersedar dari tidur kerana dikejutkan oleh nurse supaya berpuasa. Jubah OT sudah diletakkan diatas meja bersama dengan drip. Sedia ?

Tidur lagi dan sudah pagi. Lapar. Mahu sahaja meneguk susu di atas meja itu. Puasa puasa !

Bersihkan diri dan bermanja lagi dengan mak. Jelas raut mukanya yang risau. Menyakinkan mak. Saya perlu kuat untuk diri sendiri kerana saya tahu mak tak mampu nak menguatkan dirinya lagi. 

Sister datang. Disuruh bertukar untuk jubah putih itu. Jubah ini. Menyarungnya sendiri. Sempat text orang orang yang penting. Dibaringkan di katil, ditolak ke OT. Menyuruh mak turun makan ketika ditolak tapi dia enggan, rasa bersalah kerana mak belum lagi bersarapan sedangkan sudah pukul 10 pagi. Sempat gelak dan ditegur nurse kerana katanya saya langsung tak menunjukkan riak takut. Bukan tak takut, tapi kinda mengharapkan ini yang terakhir, ini pengalaman dan ini juga ujian. Malu bila ditolak masuk lif dan orang sekeliling memandang.

OT 5. Jelas Dr Hanif sudah menunggu. Pakar bius saya. Memeriksa kembali dokumen pembedahan. Semuanya selesai, salam dengan mak dan disorong ke OT. 

MAsuk OT terus di baringkan dan di berikan oksigen. Kali ini lebih pantas dari pembedahan sebelumnya. Di  suntik ubat bius dan saya hilang ...

Tersedar dan merasa kesakitan yang melampau. Menangis. Air mata tak henti henti keluar kerana terlalu sakit. diberikan 1mg Morphine dan sakitnya sedikit berkurang dalam tempoh yang amat singkat. Masih sakit dan diberikan Morphine dan digandakan dosnya. Sakitnya tidak berkurangan. Di suntik lagi. Tertidur di bilik pemulihan setelah disuntik. Pakar bius datang dan pergi.

Ditolak kembali ke wad. Sakitnya masih ada. Mata bengkak menangis kesakitan. Allahu, tuhan je yang tahu rasanya. tepat jam 3.30 kembali ke wad. Pembedahan yang panjang.

PCA disisi, diisi dengan Morphine lagi. Ditekan berkali kali. Tekan bila sakit. Sakitnya berpanjangan, wajiblah ditekan banyak kali.

Demam teruk. Kain basah diletakkan ke kepala. Doktor sedikit risau. Sister datang menyerahkan kipas supaya suhu badan turun. Tidur keletihan..

 Mesej bertalu talu memenuhi inbox. Mak bacakan, tapi tak mampu nak membalasnya. Sangat tak larat dan letih. Call pun dijawab mak. Lemah.

Kawan kawan IPG datang. Meriah. Letih, sakit tapi gembira. Ramai. :) Mereka seronok menekan PCA. Dah saya khayal di ulit Morphine.

Malamnya tak dapat tidur. Mesin PCA buat hal. Sakit terpaksa ditahan. Muntah lagi. Allahu :')

24 Januari 2013. Khamis.
Pakar bius datang membetulkan alat PCA. 

Tengah hari, PCA dibuang. Sister terkejut dengan jumlah PCA ditekan. 36 kali. Sakit.

Hari yang diisi dengan rehat sepenuhnya. Memandangkan hari tersebut cuti maulidur rasul, waktu melawat di awalkan pada jam 11-2 petang dan 4 ptg-7 malam. Wad agak crowded. Kakak dari Johor datang melawat.  Kak Yong mengambil alih menjaga dan mak pulang ke Primula Hotel. Nisreen, si anak kecil mahu tidur disebelah cik langnya. Manja. Makanan dinner dimakan beliau. Cik langnya tengok pun nak termuntah. Nasi lembik, ikan bakar. Mungkin sedap kalau ada kicap :P

Muntah.

Zee, Mashi, Aini, dan Teah Raub datang. Mereka ceria :)

Malam ditemani Kak Yong dan beliau berceritaaa. Seperti biasa. 

Malu rasanya bila Kak Yong tunggu. Malu rasanya bila menyusahkan semua orang. Saya perlu sihat.

25 Januari 2013. Jumaat.
Paginya Kak Yong turun mencari sarapan. Memesan MAshed potato. makan sesuap dan kenyang. Sejam kemudian lapar kembali, roti pula dicari. Lapar. 

Doktor datang dan memeriksa lagi kawasan luka. Dijamah lebut, tapi bisanya. Berdenyut - denyut. Mohon untuk pulang. Mungkin boleh, mungkin tidak kerana semalamnya kemuntahan. 

Tengah harinya, doktor membenarkan pulang. Sangat gembiraaaaa !

Diberikan cuti 2 minggu. Siap dipesan supaya enjoy the holiday oleh Dr Sarah. Dibekalkan juga painkillers. Mahu bergegas pulang.

Singgah sekejap di IPG untuk mengambil laptop. Assignmnet perlu disiapkan. IPG yang lengang kerana cuti maulidur rasul. Sepanjang perjalanan pulang, hanya terbaring di seat belakag seorang dan tertidur. Letih.


Bahu sangat sangat sakit selepas pembedahan. Pernah terbaca dalam internet yang memang bahu akan sakit sebab masa operate, dipamkan gas ke badan, so sakit bahu tu sebab gas tulah. Hmmm.


Alhamdulillah, setakat ni. Saya mampu makan walaupun kadang kadang perut tak nak menerima. Alhamdulillah, rezeki murah sepanjang sakit :). Alhamdulillah, cikgu sekolah rendah datang melawat, Kawan kawan dari MMP dan SK Islah datang melawat dan bertanyakan khabar. Alhamdulillah untuk semuanya. 

Saya tahu saya kena sihat. Oleh itu perut sayang, jangan melekat lagi bolehh ?



 

rain drops. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review