Tuesday, May 7, 2013

Setahun Itu.

Posted by irnasofia at 1:41 AM
Assalamualaikum.

Setahun itu. Ya, setahun itu. 365 hari yang penuh duka dan suka. Setahun yang mengajar, setahun yang penuh dengan pengajaran. Setahun yang membuatkan aku bangun dari lena 18 tahun yang panjang. Setahun yang bermakna.

Ada apa dalam setahun itu ?

May/2012.
Bermulalah semua cerita. yang jelas tidak tahu dimana mulanya. Berlaku tanpa diminta, diminta supaya diri lebih menjadi redha, supaya lebih menjadi hamba.Bermula dengan sekelip mata, yang pada mulanya merintih dan bertanya, mengapa diri menjadi mangsanya? Jelas disitu kematangan diuji, kata - kata di uji, yang dulunya petah menerangkan takrif ujian dan musibah, yang dulunya laju dengan konsep redha dan tarbiah. Lantas, diberikan ujian, di letakkan takrif, konsep dan aplikasi ujian, musibah, redha dalam satu keadaan. Mahu dilihat sungkur atau bangun. Dan jelas, jatuh.


Itu dulu. InsyaAllah tidak lagi.

Itu dulu. Setahun yang dulu.

Jika sihat menjauhkan aku dariMu, biarlah sakit ini membawa aku rapat padaMu.

Ujian Allah berbeza. Konsepnya juga pelbagai. Penerimanya juga perlu pelbagai. Variasinya bermacam, dalam nikmat, dalam hikmat.

Semuanya untuk Kita. sebab apa, Sebab Allah sayang kita.
Redha.

Doakan supaya cepat sembuhnya. Laju penerimaannya. Sihat seperti sedia kala.

0 comments:

 

rain drops. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review