Monday, July 15, 2013

Bukan Lagi Percaya

Posted by irnasofia at 1:50 AM
Assalamualaikum.

Belajar percaya.

Percaya pada diri, orang dan sekeliling.

Percaya pada diri memerlukan pengalaman dan ianya perlu diasah sendiri melalui pemahaman menerusi kejadian seharian yang berlaku.
Percaya pada orang lain memerlukan satu ikatan teguh di mana kita boleh berkongsi segala rasa sama ada yang duka mahupun suka.

Tapi percaya perlu berpada - pada. percaya pada diri pun perlu berpada. terlebih percaya, melahirkan yakin diri yang terlalu tinggi, bimbang jika terjatuh,tidak bangun lagi. Terkurang percaya, jadilah kita di takuk yang sama atau mungkin kurang dari biasanya.

Percaya pada orang pun begitu. Jika kita mampu percaya pada seseorang setelah 2 3 hari berkenalan, itu masalah anda. Mengikut pengalaman sendiri, orang yang saya kenal selama 2 tahun, makan bersama, tidur sebantal mahupun apa apa sahaja kami pernah lakukan bersama. segala rahsia, cerita dicarinya dahulu. Saya percayakan dirinya lalu saya ceritakan semua. Mungkin itu salah saya, terlalu mempercayainya. Dan sekarang telan sahaja kepercayaan saya, buang sahaja rasa percaya itu. Mungkin tidak perlu untuk diungkit lagi. Cukuplah belajar untuk hidup ini. cukuplah sekali ini.

Mata dah cukup melihat. Telinga dah cukup mendengar. Hati dah cukup terluka.

Dan disebabkan itu, Ya. Saya berterima kasih kepada anda.
Terima kasih kerana mengajar saya bahawa rasa percaya itu memakan masa. Terima kasih kerana mengajar saya siapa diri saya yang sebenar dan siapa juga anda yang sebenar. Terima kasih kerana menduga hati saya. Terima kasih kerana melatih kesabaran saya. Terima kasih kerana memperkenalkan saya dengan rasa tabah. Terima kasih untuk jasa baik yang mungkin tak dapat saya balas. Terima kasih untuk segala jerih perit yang telah saya terima. Terima kasih untuk kegembiraan yang sementara. Terima kasih kerana saya telah berjaya merasa perasaan sunyi itu bagaimana. Terima kasih kerana awak telah menghidupkan perasaan saya melalui rintihan kepadaNya. Terima kasih untuk dugaan hati ini. Terima kasih untuk rasa yang tak pernah henti. Terima kasih dengan kesempatan  yang diberi. Terima kasih dengan simpati yang diberi. Terima kasih untuk semuanya sampai mati.

Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.

Rehatlah wahai hatiku. Usah sibuk fikirkan apa kata orang terhadap jasadku. Akhirnya semua akan kembali kepada Tuan Milik Allah Taa'la :)

Bila seseorang tu dah buka aib kita, dia buat tak tau je. Sabar jelah, Allah tau semuanya.

Kalau anda terasa hati dengan sesiapa pun, bersabarlah dan fikirlah setiap kebaikan yang telah dia lakukan pada kita.

0 comments:

 

rain drops. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review