Sunday, June 30, 2013

Posted by irnasofia at 8:46 PM 1 comments
Assalamualaikum.

Dugaan !

Unpredictable life tests.

What to do ?
SMILE. :)


Tuesday, June 25, 2013

Syukur.

Posted by irnasofia at 10:36 PM 0 comments
Assalamualaikum.

Baru sahaja selesai usrah. Terpanggil nak menulis pasal apa yang dibincangkan dalam usrah tadi. Sebelum usrah tadi ditugaskan untuk bagi tazkirah ringkas. And you know me, bila diberikan peluang bercakap i don't know where should i put my fullstop. Haha !

And petang tadi tengah baring baring duk pikir nak bagi tazkirah pasal ape, tiba tiba masuk perkataan syukur dalam hati. Ha, syukur. Macam seronok je tajuk ni. So decide nak bincang pasal syukur.

Syukur ;

And remember! your Lord caused to be declared (publicly): "If ye are grateful, I will add more (favours) unto you But if ye show ingratitude, truly My punishment is terrible indeed."


Kalau kita bersyukur, Allah akan tambah lagi nikmat. Allah tu Maha Pemurah, even kita tak sebut alhamdulillah or ingat nikmat yang Dia kasi pun, Dia still bagi kita macam macam nikmat. Kita je sombong and lalai bila dapat nikmat.

Ambik contoh jerebu sekarang. Dulu kemain tak suka kan kalau hujan. Kalau hujan je , mulalah merungut. Yelah, nak ke kelas susah. Basah, lopak. Baju basah, Kasut kuyup. Pahtu mulalah nak demam, selsema bagai. Sekarang, musim jerebu ni, kita mintak hujan. Mintak Allah basahkan bumi dengan hujan supaya reda jerebunya. Masa hujan turun, takde plak kita nak bersyukur. Kita kan, panas pun susah, hujan pun tak boleh , mendung pulak gatal nak tido..

Dan bila kita dapat elaun. Ha, time tu mulalah tak reti nak bersyukur. Kalau boleh nak habiskan semua riban riban yang ada. tapi kita tak reti pulak nak bahagikan. part berfoya foya 60%, makan 40%. memang habeslah duit tu. Kalaulah kita boleh ambik part sikit dari duit elaun yang diberi untuk sedekah ke. Tak mampu banyak takpe, at least ada part yang kita dah peruntukkan untuk bahagian saham akhirat kita. Ingat, setiap duit ataupun apa apa je milik kita sebenarnya ada bahagian untuk orang lain, bukan untuk kita. Sebab tu Allah adakan zakat, supaya kita tahu bahawa duit kita bukan duit kita secara mutlak. Bersedekahlah. Ingatan bersama.

Syukur ada 3 bahagian.
Syukur dengan hati.
Syukur dengan lisan.
Syukur dengan perbuatan.

Jom amalkan dan sama sama kita bahagia ! :)




Monday, June 24, 2013

Saya rinduuuu.

Posted by irnasofia at 1:07 AM 0 comments
Saya rindu semua orang. Kadang kadang mak yang kat sebelah pun saya rindu. Bila saya balik rumah hujung minggu, saya rindukan katil di maktab yang single dan membuatkan saya hanya mampu bergolek kiri dan kanan tanpa membuat putaran 360 darjah seperti rumah. 

Saya juga rindukan Puan Lulu si kucing gila yang saya selalu gaduh. Kucing tu amat meminati saya, tapi saya kurang gemarkan nya kerana perwatakannya yang gila. Bila dia melahirkan baby baby kucing 2 bulan lepas, saya yang bidankannya, potong tali pusatnya. Kan dah tertunai cita cita yang terkubur sepi nak jadi obstetrician tuu. Tak dapat manusia, kucing pun jadilah ! Kucing gila itu dirindui. Lulu, kalau tuan baru Lulu tu tak perasan, Lulu lari je rumah. Kesian anak anak u yang 3 ekor tu, takde mak. Sekarang ni Puan Ti yang menyusukannya. Kesian Puan Ti, kena susukan 6 ekor baby baby kucing. Balik ye Puan Lulu. I miss you. Oh, sumpah, ini sangat merapuu...Dan ada saya kesah ? huahua.

Saya rindu kawan kawan saya. Ahh. Semua kawan kawan saya yang saya kenal. Kalau boleh saya transformkan diri ni, hari hari saya pergi Nilai, Machang, Negeri Sembilan, Cyberjaya, Perak, Johor semua dalam satu hari, peluk peluk diorang. Saya rindu nak dengar diorang gelak gelak, buat lawak cerdik bodoh, buat muka hodoh comel, geletek geletek perut, sharing sad story sambil hembus hingus. Itu semua satu kerinduan.

Saya jugak rindu yang dah takde. Yang dah lama tinggalkan saya dan alam ni. Tok Ayah dan Che' saya. Tok Ayah saya yang tinggi perkasa, penggemar roti canai sentiasa. Hari hari datang rumah bawak air gas. Selalu larang dan nasihat kitaorang. Saya rindu saat bila saya dapat tengok muka dia bila saya ada kat rumah dia. Dan sekarang, rumah itu sepi. Nenek dah duduk KL. Rumah itu pun sepi. Bila ke sana pun untuk ambik duit rumah sewa, dengan sekeliling yang dah berubah. Semua rindu rindu pun kena cari disebalik lalang belakang rumah Tok Ayah. Saya juga rindu Che'. Ayah kepada ayah. Walaupun ingatan untuk dia sikit, sebab dia meninggal saya masih kecik dan comel, saya masih ingatkan habitnya yang selalu belikan bahulu selepas balik masjid untuk saya dan saya amat tidak menyukai bahulu. tapi saya masih ingat bahalu bentuk ikan yang selalu arwah belikan. Oh saya rindu !

Saya juga rindu yang masih ade, tapi takde. Saya rindukan musim saya berbunga bunga riang. Konon konon pada ketika itu sahaja ada saya dan dia. Ahh, itu dulu. Rindu itu boleh dibuang jauh jauh. Kalau masih rindu, itu normal. Saya tidak melawan fitrah saya. Rindu ada, tapi masih boleh dikawal. Rindu ada, tapi dalam proses menghilangkan rindu itu. Main jauh jauh ye. 

Saya masih rindukan teddy teddy saya yang amat banyak itu. walaupun saya rindu nak letak di katil saya, tapi apakan daya, jika disusun itu teddies, saya tidak mungkin mempunyai spot untuk tidur. Ianya akan diconquer oleh makhluk makhluk itu. Dalam banyak banyak teddies, saya namakan mereka satu persatu, tapi semua nama mereka saya dah lupa kecuali Bobo, teddy putih itu. Hasil semut semut mungkin. Bobo ? kelakar sungguh namanya *kepala terbayang Bobo nyanyi lagu Sayang* 

Saya rindu saat saya menyarung uniform sekolah, memenuhkan isi perut beg ngan buku buku yang bergelimpangan, menyesakkan bilik dengan buku buku masa sekolah. Rindu nak hafal surah, madah madah yang banyak sangat tu, then stress nak exam tapi mampu lagi bergossip sebelum masuk dewan. Haa. 

Saya jugak kenkadang rindu dengan makcik makcik kat hospital. rindu kat makcik ye, bukan rindu hospital. Rindu nak dengar kisah hidup orang yang berbeza. Yang buat saya rasa, Ya I should be grateful of my current life.

Saya jugak rindu nak berjoget joget riang di rumah. Bukan dilarang pergerakannya.

Saya jugak rindu nak makan segala jenis makanan yang wujud di muka bumi.

Saya rindu adik saya. Ketika diorang masih kecil dan comel. Ketika diorang masih comot dan masih comel. Sekarang, comot dan tak comel. noktah. sekarang pun saya tengah rindu adik adik saya yang nakal dan bising tul lebih lebih lagi si bongsuu.

Saya rindu saat saya sibuk dan saya takde masa nak pikir pasal apa apa. Saya suka bila saya sibuk, sebab ketika itulah saya tahu hidup saya bermakna. Ada tujuan hidupnya.

Saya rindu bila saya tak terlalu connected dengan alam maya. saya hanya menulis dan membaca. buat benda benda yang saya suka buat. menulis, membaca dan memasak. menggunakan segala masa yang ada. 

Saya rindu bila semua orang ada kat rumah. bila semua ada dan kami boleh duduk bersama adik beradik, bukan bila raya je. rindu bila semua duduk kat living room bawah , bising bising dan saya tak faham sepatah perkataan pun kat tv sebab keadaan yang bising.

Saya rindu suasana tarbiah maahad.

Ahh. Saya rindu semua benda. Benda hidup, benda mati, Benda separa hidup, benda hampir mati. Benda yang berperasaan, tak berperasaan mahupun konon konon perasan.

Dan yang paling penting,

Saya rindu .....

Sunday, June 23, 2013

Keputusan

Posted by irnasofia at 9:04 PM 0 comments
Assalamualaikum.

Keputusan.
Kadang kadang kita dijengah dengan perbagai persoalan dan tindakan yang memerlukan kita melakukan satu keptusan yang tepat. Keputusan yang harus diteliti dan diperhati, dikaji dan dibelek satu persatu setiap 'detail-detail' yang berkaitan. Salah percaturan, menyesallah. Salah perhitungan, meraunglah.

Bantuan dalam membuat keputusan tetap ada. Parents, kawan kawan. dan nekad dalam diri. Cuma yang menjadi masalah bila persoalan ni masuk
 "Betul ke apa yang aku buat ni?"
 "Kalau buat macam ni, takpe ke?"
"Kalau dan kalau dan kalau.."

Istikarahlah satu keputusan perlu dibuat.
Istikarahlah jika buntu.
Istikarahlah jika ia menggangu.
Istikarahlah.

Berbincang dan terus berbincang. Keputusan ibu bapa yang perlu dipatuhi, dan saya akur. Jika itu tempatnya, disanalah. Jika tidak, disinilah. Apa apa pun saya redha.

Thursday, June 13, 2013

Happy Father's Day Cikgu Ismail !

Posted by irnasofia at 2:27 AM 0 comments
Assalamualaikum.

16/06/2013. Third Sunday in June, so it's father's day.

Ismail Bin Yasok. My dad, my hero and my first love. Second son from his family, poor family background. Bila ayah cerita macam mana ayah belajar dulu, sangat sangat lah bersyukur dan amazed dengan apa yang ayah telah hadapi. family ayah orang biasa biasa, arwah Che' ( Atokku ) buat kerja kerja kampung je, and (#1 Mok Bee ) seorang suri rumah yang rajin menanam, semua benda dia tanam kat tanah tanah yang dia ada. Orang dulu dulu hidup biasa biasa, tapi harta kekalnya banyak, tak macam sekarang yang luarnya gojes habes tapi semua sewa, semua hutang. So, disebabkan orang dulu dulu tak pentingkan sangat pelajaran ni, my dad katanya berhenti sekolah lepas habes sekolah agama masa dia sekolah rendah. And, he's a bright student. Tahu ni sebab ayah still simpan buku rekod sekolah dia, bertulisan jawi lagi ya ! dia terpaksa berhenti sekolah sebab nak kerja untuk family nya. masa form 1, dia berhenti tapi kawan dia ada yang sambung sekolah, so dia belajar sikit sikit sendiri. then dia nak ambik SRP, without proper education since from 1. Dia ambik SRP, belajar last minute then manage to excel well. Ayah kata, masa dia nak exam SRP tu, paginya dia sempat jaga kebun. Then he manages to sambung belajar kat UKM. panjang sanagt nak ceritaa. Ayah tak macam mak yang ayahnya family yang boleh dikatakan ada duit, ada proper education, tapi dia manage to excel and have proper jobs walaupun banyak halangan sebelum dia nak msuk universiti. Ayah kawen ngan mak masa umur 26 masa tgh belajar, and mak umur 21. Diorg dapat first son, which is Abang Long setahun selepas tu.

Banyak benda yang ayah ajar tanpa disedari sebenarnya. Ayah ni seorang yang tenang, dia tak mudah gelbah, kontra sangat dengan mak. commonlah kalau ayah ni seorang yang payah nak tunjuk care kat anak anak dia. contohnya, masa irna di wardedkan, sekali je ayah pernah datang melawat tu pun sbb nak ambik mak dr hospital dan dia just stay tak sampai 5 minit pun. tapi ayah tunjuk care dengan cara lain, ubat ubat pelik pelik ( :P ) yang disuruh telan, makan benda benda pelik untuk baik semua ayah yang cadangkan.

Ayah ni dia ada gaya peliknya. I was a naughty kid, so memang irnalah yang akan kacau ayah tanpa disedari. biasa, kalau ayah in the mood untuk bergurau, dia akan rujuk dengan irna and berpakat kenakan mak. comel kan ? Dulu, masa kecik kecik, kitorg sangat takutkan ayah, sebab ayah tak pernah pun jentik kami, tapi bila dia jeling je, semua pun lari naik atas, duduk senyap senyap dalam bilik 1 hari. sekarang, dah besar, ayah pun dah treat lain dah. Nak bergurau pun boleh.

Salah satu tabiat ayah ialah, dia tak suka makan masakan anak anak dia. For him, masakan wife dia lah yang paling sedap sekali. Tapi ayah selalu kena tipu dengan kami, kitorg suruh je mak duduk kat dapur tanpa menyentuh apa apa, still dia akan makan jugak sebab ayah tak tahu. bila mak pegi holiday je lama lama, memang masalah kalau bab makanan. ayah akan makan tapi kuantiti yang sangat sedikit sebab kitorg yang masak kan. kalau ayah tak makan pun, dia akan beli nasik bungkus untuk dia seorang. Sedih jugak kadang kadang, tapi dah biasa. sekarang ayah dah senang sikit, lauk kegemaran dia, daging bakar dengan sayur lemak. kalau mak nak pegi holiday je, tu lah lauk untuk ayah. so kami terpaksalah bakar daging depan rumah pakai arang untuk ayah. Ayah jugak dia ada masakan bermusimnya, lebih lebih lagi kalau bulan puasa, dalam bulan puasa tu, akan ada satu dish yang kami akan makan benda yang sama 2 3 kali dalam seminggu, direpeatkan dalam sahur dan berbuka. Macam tahun lepas, ayah nak makan tomyam je. Dalam bulan puasa tu, tomyam lah kami. Sampai tengok tomyam pun geli tekak. haha.

Ayah jugak seorang yang sangat komited. kalau bulan puasa tu dia cakap nak khatam quran, dia akan khatam quran. bukan sekali, tapi berkali kali. Ayah jugak akan pastikan kami buat benda yang sama, wajib khatam sekali. Ayah suka bunga, lebih lebih lagi orkid. that's why nursery pun nursery orkid. dulu, rumah kami macam hutan, gelap. matahari pun kami tak kenal sebab pokok pokok menggangu cahaya matahari. Sejak anak anak ayah dah besar, kami dah nampak kecomelan ayah bila ayah tidur dengan kucing. sanagt comel okay. Ayah ni nak kata romantik tu, tak, tapi manja. hehe. Sejak kami dah besar, selalu je takde, keluar ngan mak. yelah, sejak kawen, kami asyik menggangu diorang je kan.

Ayah saya seorang yang sangat simple. Suka berkain pelikat, naik motor kapcai merah. sekarang motor tu dah jarang sangat ayah naik. Ayah takde wallet, dia suka letak duitnya dalam kain yang mak jahitkan. Ayah sangat simple dan unik. Ayah cakap, hidup kena sederhana. :D


Walaupun ayah tak ingat nama nama kami sebab bilangan dan jumlah nama yang panjang, tapi kami tahu ayah tahu segala jenis perangai dan sifat dalaman kami.
Walaupun ayah tak pernah tunjuk marah akt kami, tapi kami tahu ayah suruh kami berfikir apa salah kami.
Ayah ajar kami supaya hidupnya sederhana, tapi jangan malas, Hidup kena simple tapi jangan culas. Ayah ajar kami usaha, tapi jangan membazir. Duit yang ada jangan bazirkan, plan supaya duit tu bertambah. Ayah cakap jadi cikgu takkan pernah jadi kaya, hidup mesti sentiasa ada banyak rancangan. Plan A gagal, cuba Plan B.

Terima kasih ayah.
Stay fit and healthy, My Awesome HERO !

Happy Father's Day. I LOVE YOU <3 br="">
*Rasa nak cium je ayah sekarang, dapat rasa tajam tajam janggut ayah. hehe*


 

rain drops. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review