Tuesday, June 25, 2013

Syukur.

Posted by irnasofia at 10:36 PM
Assalamualaikum.

Baru sahaja selesai usrah. Terpanggil nak menulis pasal apa yang dibincangkan dalam usrah tadi. Sebelum usrah tadi ditugaskan untuk bagi tazkirah ringkas. And you know me, bila diberikan peluang bercakap i don't know where should i put my fullstop. Haha !

And petang tadi tengah baring baring duk pikir nak bagi tazkirah pasal ape, tiba tiba masuk perkataan syukur dalam hati. Ha, syukur. Macam seronok je tajuk ni. So decide nak bincang pasal syukur.

Syukur ;

And remember! your Lord caused to be declared (publicly): "If ye are grateful, I will add more (favours) unto you But if ye show ingratitude, truly My punishment is terrible indeed."


Kalau kita bersyukur, Allah akan tambah lagi nikmat. Allah tu Maha Pemurah, even kita tak sebut alhamdulillah or ingat nikmat yang Dia kasi pun, Dia still bagi kita macam macam nikmat. Kita je sombong and lalai bila dapat nikmat.

Ambik contoh jerebu sekarang. Dulu kemain tak suka kan kalau hujan. Kalau hujan je , mulalah merungut. Yelah, nak ke kelas susah. Basah, lopak. Baju basah, Kasut kuyup. Pahtu mulalah nak demam, selsema bagai. Sekarang, musim jerebu ni, kita mintak hujan. Mintak Allah basahkan bumi dengan hujan supaya reda jerebunya. Masa hujan turun, takde plak kita nak bersyukur. Kita kan, panas pun susah, hujan pun tak boleh , mendung pulak gatal nak tido..

Dan bila kita dapat elaun. Ha, time tu mulalah tak reti nak bersyukur. Kalau boleh nak habiskan semua riban riban yang ada. tapi kita tak reti pulak nak bahagikan. part berfoya foya 60%, makan 40%. memang habeslah duit tu. Kalaulah kita boleh ambik part sikit dari duit elaun yang diberi untuk sedekah ke. Tak mampu banyak takpe, at least ada part yang kita dah peruntukkan untuk bahagian saham akhirat kita. Ingat, setiap duit ataupun apa apa je milik kita sebenarnya ada bahagian untuk orang lain, bukan untuk kita. Sebab tu Allah adakan zakat, supaya kita tahu bahawa duit kita bukan duit kita secara mutlak. Bersedekahlah. Ingatan bersama.

Syukur ada 3 bahagian.
Syukur dengan hati.
Syukur dengan lisan.
Syukur dengan perbuatan.

Jom amalkan dan sama sama kita bahagia ! :)




0 comments:

 

rain drops. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review