Monday, June 24, 2013

Saya rinduuuu.

Posted by irnasofia at 1:07 AM
Saya rindu semua orang. Kadang kadang mak yang kat sebelah pun saya rindu. Bila saya balik rumah hujung minggu, saya rindukan katil di maktab yang single dan membuatkan saya hanya mampu bergolek kiri dan kanan tanpa membuat putaran 360 darjah seperti rumah. 

Saya juga rindukan Puan Lulu si kucing gila yang saya selalu gaduh. Kucing tu amat meminati saya, tapi saya kurang gemarkan nya kerana perwatakannya yang gila. Bila dia melahirkan baby baby kucing 2 bulan lepas, saya yang bidankannya, potong tali pusatnya. Kan dah tertunai cita cita yang terkubur sepi nak jadi obstetrician tuu. Tak dapat manusia, kucing pun jadilah ! Kucing gila itu dirindui. Lulu, kalau tuan baru Lulu tu tak perasan, Lulu lari je rumah. Kesian anak anak u yang 3 ekor tu, takde mak. Sekarang ni Puan Ti yang menyusukannya. Kesian Puan Ti, kena susukan 6 ekor baby baby kucing. Balik ye Puan Lulu. I miss you. Oh, sumpah, ini sangat merapuu...Dan ada saya kesah ? huahua.

Saya rindu kawan kawan saya. Ahh. Semua kawan kawan saya yang saya kenal. Kalau boleh saya transformkan diri ni, hari hari saya pergi Nilai, Machang, Negeri Sembilan, Cyberjaya, Perak, Johor semua dalam satu hari, peluk peluk diorang. Saya rindu nak dengar diorang gelak gelak, buat lawak cerdik bodoh, buat muka hodoh comel, geletek geletek perut, sharing sad story sambil hembus hingus. Itu semua satu kerinduan.

Saya jugak rindu yang dah takde. Yang dah lama tinggalkan saya dan alam ni. Tok Ayah dan Che' saya. Tok Ayah saya yang tinggi perkasa, penggemar roti canai sentiasa. Hari hari datang rumah bawak air gas. Selalu larang dan nasihat kitaorang. Saya rindu saat bila saya dapat tengok muka dia bila saya ada kat rumah dia. Dan sekarang, rumah itu sepi. Nenek dah duduk KL. Rumah itu pun sepi. Bila ke sana pun untuk ambik duit rumah sewa, dengan sekeliling yang dah berubah. Semua rindu rindu pun kena cari disebalik lalang belakang rumah Tok Ayah. Saya juga rindu Che'. Ayah kepada ayah. Walaupun ingatan untuk dia sikit, sebab dia meninggal saya masih kecik dan comel, saya masih ingatkan habitnya yang selalu belikan bahulu selepas balik masjid untuk saya dan saya amat tidak menyukai bahulu. tapi saya masih ingat bahalu bentuk ikan yang selalu arwah belikan. Oh saya rindu !

Saya juga rindu yang masih ade, tapi takde. Saya rindukan musim saya berbunga bunga riang. Konon konon pada ketika itu sahaja ada saya dan dia. Ahh, itu dulu. Rindu itu boleh dibuang jauh jauh. Kalau masih rindu, itu normal. Saya tidak melawan fitrah saya. Rindu ada, tapi masih boleh dikawal. Rindu ada, tapi dalam proses menghilangkan rindu itu. Main jauh jauh ye. 

Saya masih rindukan teddy teddy saya yang amat banyak itu. walaupun saya rindu nak letak di katil saya, tapi apakan daya, jika disusun itu teddies, saya tidak mungkin mempunyai spot untuk tidur. Ianya akan diconquer oleh makhluk makhluk itu. Dalam banyak banyak teddies, saya namakan mereka satu persatu, tapi semua nama mereka saya dah lupa kecuali Bobo, teddy putih itu. Hasil semut semut mungkin. Bobo ? kelakar sungguh namanya *kepala terbayang Bobo nyanyi lagu Sayang* 

Saya rindu saat saya menyarung uniform sekolah, memenuhkan isi perut beg ngan buku buku yang bergelimpangan, menyesakkan bilik dengan buku buku masa sekolah. Rindu nak hafal surah, madah madah yang banyak sangat tu, then stress nak exam tapi mampu lagi bergossip sebelum masuk dewan. Haa. 

Saya jugak kenkadang rindu dengan makcik makcik kat hospital. rindu kat makcik ye, bukan rindu hospital. Rindu nak dengar kisah hidup orang yang berbeza. Yang buat saya rasa, Ya I should be grateful of my current life.

Saya jugak rindu nak berjoget joget riang di rumah. Bukan dilarang pergerakannya.

Saya jugak rindu nak makan segala jenis makanan yang wujud di muka bumi.

Saya rindu adik saya. Ketika diorang masih kecil dan comel. Ketika diorang masih comot dan masih comel. Sekarang, comot dan tak comel. noktah. sekarang pun saya tengah rindu adik adik saya yang nakal dan bising tul lebih lebih lagi si bongsuu.

Saya rindu saat saya sibuk dan saya takde masa nak pikir pasal apa apa. Saya suka bila saya sibuk, sebab ketika itulah saya tahu hidup saya bermakna. Ada tujuan hidupnya.

Saya rindu bila saya tak terlalu connected dengan alam maya. saya hanya menulis dan membaca. buat benda benda yang saya suka buat. menulis, membaca dan memasak. menggunakan segala masa yang ada. 

Saya rindu bila semua orang ada kat rumah. bila semua ada dan kami boleh duduk bersama adik beradik, bukan bila raya je. rindu bila semua duduk kat living room bawah , bising bising dan saya tak faham sepatah perkataan pun kat tv sebab keadaan yang bising.

Saya rindu suasana tarbiah maahad.

Ahh. Saya rindu semua benda. Benda hidup, benda mati, Benda separa hidup, benda hampir mati. Benda yang berperasaan, tak berperasaan mahupun konon konon perasan.

Dan yang paling penting,

Saya rindu .....

0 comments:

 

rain drops. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review