Monday, January 13, 2014

Cinta

Posted by irnasofia at 3:48 PM
Assalamualaikum.

Topik hangat dalam kelas hari ni. Yang diam pun tetibe bersuara, kesnya Feza tanya 1 kelas,
"Apa makna cinta ?"

Satu kelas riuh. Semua orang ada makna cinta masing masing.

Dalam riuh riuh semua orang menjanakuasakan maksud cinta masing masing, Feza sekali lagi tanya pendapat kitorang,
"Korang setuju tak kalau feza cakap cinta pertama adalah cinta yang paling susah untuk dilupakan ?"
And mojoriti of us said yes.

Apa sebenarnya cinta?

Adda berpendapat yang cinta pertama dia senang nak dilupakan.

"Mana ada, cinta pertama biasa je. senang nak lupa."

" Betul ke tu cinta pertama adda?"

"Adda couple since form 2 lagi, okay je boleh lupa"

"Masa adda couple tu, adda pernah pikir nak get serious tak ? pikir nak kawen ?"

"Nope."

"That's why lah tu bukan cinta pertama adda. Cinta pertama ni bg irna cinta yang buat kita rasa nak ber-komitmen dgn dia, ada cita cita nak hidup bersama, senang cite, nak kawen lah."

"Yeay! cinta pertama tak datang lagi ! "

Yes. For me, cinta tu macam tanggungjawab. Cinta tu sayang, kalau sayang kita sanggup buat apa saja selagi tak berlebihan. Kalau kita rasa cinta, kita akan rasa tanggungjawab yang perlu kita buat. kalau kita sayangkan parents kita, kita akan tahu tanggungjawab kita kat parents kita. Kalau cintakan suami, tahu dan tunaikan tanggungjawab kita selagi daya dan begitulah kalau kita cintakan Pencipta rasa cinta tu, kita akan rasa tanggungjawab kita sebagai hambanya, buat apa yang disuruh, tinggalkan apa yang dilarang, tambah rencah dengan perkara sunat dan elakkan perkara makruh.

Skop cinta tu luas, bukan setakat bertumpu kepada kahwin, pasangan. Luaskan skop cinta, kita akan rasa semua benda tu bernilai. Orang cakap, cinta itu kesetiaan, cinta itu buta, cinta tak mengenal usia. Apa apa jelah, yang penting kita tahu dan pandai menyalurkan rasa cinta tu.

Selamat menyintai dan dicintai !

Sayang anak di tangan tangankan, sayang isteri di tinggal tinggalkan. 
*teringat dinding sekolah mungkin*

1 comments:

Mars Laini said...

then maybe i had experienced my first love seeing your opinion :P

 

rain drops. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review