Monday, January 23, 2012

Belajarlah Merendah Diri

Posted by irnasofia at 1:57 AM
Assalamualaikum peeps :)

Merendah diri bukanlah sama sekali sama dengan rendah, renek etc. you've got what i mean :)

Ini adalah koreksi diri untuk saya dan mereka mereka.

Sekalipun;
 betapa cantiknya ANDA,
betapa kayanya ANDA,
betapa hebatnya keluarga ANDA,
betapa bijaknya ANDA,
betapa manisnya ANDA,
betapa banyaknya ilmu ANDA,
betapa ramainya rakan rakan ANDA,

Sungguh ANDA tak layak untuk menjadi sombong. Sombong di dunia, Hina di akhirat. Mahu?

Cantiknya anda akan luput ditelan masa. kayanya anda akan habis diguna. hbatnya keluarga anda hanya di dunia cuma. Bijaknya anda atas kurniaNya. Manisnya anda ada tawarnya. Banyaknya ilmu anda hanya secebis dari ilmu ilmuNya. Ramainya rakan rakan anda hanya berapa yang setia? atau hanya rakan ketika suka?

Apa yang ANDA banggakan itu semuanya sementara. it can lost in a blink of eye. Hidup kita hanya menumpang, dari kecik menumpang ibubapa. dari kecik menagih simpati mereka, lebih besar, kita hanya menumpang di BumiNYA. saya, ANDA, kita, mereka menumpang di tempat yang sama. Sama ada anda kaya mahupun papa, kita tetap di buminya. tiada yang memisahkan antara saya dan anda. Kiblat kita sama, Kain putih itu juga pakaian terakhir kita. Apa beza saya dan anda?




Ayuh, sama sama kita merendah diri!



0 comments:

 

rain drops. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review