Saturday, October 12, 2013

Q2: How Have You Changed in The Past 2 Years ?

Posted by irnasofia at 1:00 PM 0 comments
Assalamualaikum.

"How Have You Changed in The Past 2 Years ?"

2 tahun ? lama tu. 2011 lah kan. when i was 18. banyak..time tu baru belajar duduk jauh dari family. Since high school memang tak pernah jauh dari family, hostel life tu mmg tak pernah rasa. but in the past 2 years, baru belajar duduk hostel. Blok uthman 08, i miss you. mostly2 years life banyak spend kat IPGKDRI,Kuala Terengganu. still remember mula mula merengek dan menyampahnya jadi bila dapat masuk maktab, becoming a teacher. lepas first SBE (School Based Experience), mula rasa jadi cikgu tu seronok dan best dan paling penting susah. Mula jatuh hati bila budak budak bagi salam, 'Assalamualaikum cikgu/teacher/ustazah'. Bila budak budak tanya, "Cikgu ni cikgu ke? bila cikgu nak datang sini lagi?'. rasa seronoknya. Dalam seronok yang ada susahnya. Mingle dengan bebudak yang baru nak besar, yang banyak soalan dan pertanyaan dalam kepala diorang, ya susah. letih fizikalnya nak panggil budak budak masuk kelas dan dengar ape kite cakap. nak attaract student supaya stay dalam kelas in 1 hour. susah. but i'm learning it.

belajar jugak macam mana nak mingle dengan kawan kawan. sekolah 5 tahun denagn semua perempuan je classmatesnya, jadi bila dah dh IPG, kena belajar berkomunikasi dengan students lelaki. tapi tak kesah pon sebenarnya, just being me. senang. tu yang kekadang tu buat benda tak senonoh je kerjenya. ter biasa buat dengan classmates high school, maka itulah hasilnya. belajar jugak kawan dengan non-muslim, dulu ade kawan non muslim lepas SPM, lepas join English Camp, tapi sebab situ 3 hari je pon kenalnya. kat IPG, bila dah jadi classmates, memang baiklah dengan diorang. Koges, Kam, Santhy, dan Chan classmates non muslim yang agak rapat. rindu diorang sebenarnya ni. Still contacting them thru fb and text. kat IPGKB pon ade je non muslims, tapi since i'm still new kat situ, malu plak nak bertegur sapa. classmates takde non muslim. maka itulah sebabnya. 1 thing i realised, pindah tempat belajar ni menyebabkan penambahan friend list irna which was a great thing. lagi ramai kawan, lagi banyak perangai, lagi banyak pengalaman gitu. setia orang ade istimewa diorang yg tersendiri.

i did also learnt about 'friendship'. macam mana 2 tahun tu boleh menyebabkan awak berubah. macam mana trust tu boleh crumpled like a piece of paper. 2 tahun yang menyebabkan saya semakin susah nak percayakan orang. don't shower me with promises. bila masing masing jauh, yang dulunya rapat pon dah tak seperti dulu. terasa hati ? yes i am. it's okay. life must go on.

2 years in jugak ajar irna jadi konfiden. sampai sekarang tak percaya bila join drama dulu dan jadi Mak Inang. Although my acting was bad, tapi i managed to do it, overcomes my stage fright. hehe. siap nyanyi lagi. memang memalukan.

2 years jugak menyebabkan irna belajar menghargai masa tengah sihat. belajar jugak jangan degil sangat. 2 years yang menyebakan irna terpaksa tahan 3 surgeries. Alhamdulillah for that experience though. sebab sakit itulah, demam selsema batuk tu tak jdi masalah. it's felt nothing compared dengan sakit yang ade. alhamdulillah.

2 years passed, I'M A GROWN UP GIRL !

p/s: sorry for the late post. being admitted for 10 days  and i'm not that well to type anything here.

Monday, September 23, 2013

Q1: Weird Things You Do When You're Alone

Posted by irnasofia at 12:10 PM 1 comments
Assalamualaikum.

Just want to start something new in here so that i have something to blog on later. muahaha. Actually, nak buat ni dah lama, tapi duk cari cari balik link blog si mijah. lupa nak follow balik, pastu tak ingat nak tanya tuan empunya diri, maka begitulah..oh sebenarnya peratusan malas saya melambung lambung tingginya..semua itu hanyalah alassaaaannn !Ntah tetiba rasa macam nak buat benda alah ni, at least ada jugak post untuk diletak dalam blog ni haa. banyak sangat benda menarik yang terjadi, kadang kadang sampai tak tertulis dalam blog. bila idea datang, malas pulak nak menulis and vice versa.

Jadi,
nak mulakan dengan 30 Days Blog Challenge ! Nak penuhkan blog ni hari hari dengan postnya..tapi ikut keadaan semasalah jugak ye. tengok kelapangan pelajar maktab berdedikasi mcam irna ni. berdedikasi dengan rutin maktab..drive kelas - drive balik - homework/tutorial/presentationSSS. maka dengan itu, kelapangan itu di fleksibelkan.


google aja benda ni, berkepuk kepuk dan berasap asap keluarnyaa !

FIRST QUESTION: Weird things you do when you're alone

benda benda pelik yang irna buat bila sorang sorang ye? jarang sebenarnya duk sorang ni, asyik berteman je kerjenya, nak kata manja dan mengada ngade tu adelah sikit, tapi mmg takde masa nak berseorangan ni. Family ramai, pegi kelas pon confirm confirmlah ramainyaa tu. jadi, konteks alone tu bila kat umah, duk dalam bilik, dan bila kat kelas time gap tunggu pagar bukak sebelum drove off from ipg.

bila sorang sorang kat bilik, suka duk depan cermin. joget joget. hahaha. memang pon. suka pasang lagu kuat kuat, pastu joget joget. kekadang lah. buang tebiat tu perlu, kekadang :P bila alone, suka kemas bilik, bila kemas bilik mulalah nk tampal macam macam dalam bilik. pastu mulalah duk potong potong kertas, main kaler kaler semua pastu buat motivational quotes. kononnya nak memotivate kan diri. pastu bila bilik dah kemas, siap lah si mariam tu kena bebel sebab mostly 70% bilik bersepah kerja dia. 

bila alone jugak, suka masak. biasa buat benda yang memakan masa untuk disiapkan. tapi mesti kena gaduh ngan kucung kucing yang wujud dulu. kucing kucing itu memang tak boleh tengok irna bersenang lenang. kalau orang nak masak, dia pon sibuk join sama. biasa buat karipap, donut, kerepek, kacang goreng ke. dah memang suka masak dan makan, jadi tu jelah benda yang boleh buat bila alone.

bila alone jugak suka bukak tutup peti. tengok tv, pastu gi dapur minum air dan bukak peti. pastu gi depan balik, tengok tv. time iklan, pegi bukak peti balik. ambik bau peti je sebenarnya. dan rutin itu berlaku sampailah kaki penat nak ke dapur or terbuat benda lain. wahaha!

bila bosan gak biasanya, makan kuaci. i'm a nut addict. semua kacang pon best. kuaci ni senang sebab kalau mkn, takdelah rase bnyk dan mudah nk cari kt kedai kedai runcit. cashewnuts, peanuts, macadamia, almond, pistachio is the best !

i'm raarely being alone so, biasa tengok tv je kat umah. food channels are my best buddies !

Wednesday, July 17, 2013

Memories.

Posted by irnasofia at 2:17 PM 0 comments
Assalamualaikum.

Masih disini.
Allahu, jika di luahkan rasa hati. Tak ada ayat yg mampu di bina, tak ada cerita yang boleh dikarang. Tiada perkataan yang sesuai untuk menzahirkan rasa dalam hati ni.

Jun 2011 - Julai 2013. 2 tahun yang cukup lama. Yang cukup lama untuk aku belajar pelbagai perkara tapi masa yang masih pendek untuk aku mengenali mereka semua.

Orientasi, Kelas, Assignment, Grouping, Black out maktab sebulan, Stay umah teah, Operations, Tukar lampu bilik, Karaoke dalam bilik, usrah, balai islam, tidur lewat semata - mata assignment SS, menggila kat pantai, makan ICT, NR, Selera Melaka, roti canai Restoran Gong Badak, Giant KT & Gong badak, Mydin Mall, berborak sampai pagi dengan roomate, balik kampung ramai - ramai, dengar lagu raya dalam kelas, nyanyi ramai - ramai sekelas, bincang macam mana nak cancelkan kelas petang, lari kelas ummi,  main game berjemaah, lepak dalam bilik seharian, berbuka ramai - ramai, kira setiap detik untuk rehat dan balik, BIG, bola tampar utk gerko, main tennis, jogging kat telltrac, buat bising dalam language lab..semuanya.

I wish i don't have to face this..how i wish.

They'll be happy. seperti biasanya. :)


Monday, July 15, 2013

Bukan Lagi Percaya

Posted by irnasofia at 1:50 AM 0 comments
Assalamualaikum.

Belajar percaya.

Percaya pada diri, orang dan sekeliling.

Percaya pada diri memerlukan pengalaman dan ianya perlu diasah sendiri melalui pemahaman menerusi kejadian seharian yang berlaku.
Percaya pada orang lain memerlukan satu ikatan teguh di mana kita boleh berkongsi segala rasa sama ada yang duka mahupun suka.

Tapi percaya perlu berpada - pada. percaya pada diri pun perlu berpada. terlebih percaya, melahirkan yakin diri yang terlalu tinggi, bimbang jika terjatuh,tidak bangun lagi. Terkurang percaya, jadilah kita di takuk yang sama atau mungkin kurang dari biasanya.

Percaya pada orang pun begitu. Jika kita mampu percaya pada seseorang setelah 2 3 hari berkenalan, itu masalah anda. Mengikut pengalaman sendiri, orang yang saya kenal selama 2 tahun, makan bersama, tidur sebantal mahupun apa apa sahaja kami pernah lakukan bersama. segala rahsia, cerita dicarinya dahulu. Saya percayakan dirinya lalu saya ceritakan semua. Mungkin itu salah saya, terlalu mempercayainya. Dan sekarang telan sahaja kepercayaan saya, buang sahaja rasa percaya itu. Mungkin tidak perlu untuk diungkit lagi. Cukuplah belajar untuk hidup ini. cukuplah sekali ini.

Mata dah cukup melihat. Telinga dah cukup mendengar. Hati dah cukup terluka.

Dan disebabkan itu, Ya. Saya berterima kasih kepada anda.
Terima kasih kerana mengajar saya bahawa rasa percaya itu memakan masa. Terima kasih kerana mengajar saya siapa diri saya yang sebenar dan siapa juga anda yang sebenar. Terima kasih kerana menduga hati saya. Terima kasih kerana melatih kesabaran saya. Terima kasih kerana memperkenalkan saya dengan rasa tabah. Terima kasih untuk jasa baik yang mungkin tak dapat saya balas. Terima kasih untuk segala jerih perit yang telah saya terima. Terima kasih untuk kegembiraan yang sementara. Terima kasih kerana saya telah berjaya merasa perasaan sunyi itu bagaimana. Terima kasih kerana awak telah menghidupkan perasaan saya melalui rintihan kepadaNya. Terima kasih untuk dugaan hati ini. Terima kasih untuk rasa yang tak pernah henti. Terima kasih dengan kesempatan  yang diberi. Terima kasih dengan simpati yang diberi. Terima kasih untuk semuanya sampai mati.

Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.

Rehatlah wahai hatiku. Usah sibuk fikirkan apa kata orang terhadap jasadku. Akhirnya semua akan kembali kepada Tuan Milik Allah Taa'la :)

Bila seseorang tu dah buka aib kita, dia buat tak tau je. Sabar jelah, Allah tau semuanya.

Kalau anda terasa hati dengan sesiapa pun, bersabarlah dan fikirlah setiap kebaikan yang telah dia lakukan pada kita.

Sunday, June 30, 2013

Posted by irnasofia at 8:46 PM 1 comments
Assalamualaikum.

Dugaan !

Unpredictable life tests.

What to do ?
SMILE. :)


Tuesday, June 25, 2013

Syukur.

Posted by irnasofia at 10:36 PM 0 comments
Assalamualaikum.

Baru sahaja selesai usrah. Terpanggil nak menulis pasal apa yang dibincangkan dalam usrah tadi. Sebelum usrah tadi ditugaskan untuk bagi tazkirah ringkas. And you know me, bila diberikan peluang bercakap i don't know where should i put my fullstop. Haha !

And petang tadi tengah baring baring duk pikir nak bagi tazkirah pasal ape, tiba tiba masuk perkataan syukur dalam hati. Ha, syukur. Macam seronok je tajuk ni. So decide nak bincang pasal syukur.

Syukur ;

And remember! your Lord caused to be declared (publicly): "If ye are grateful, I will add more (favours) unto you But if ye show ingratitude, truly My punishment is terrible indeed."


Kalau kita bersyukur, Allah akan tambah lagi nikmat. Allah tu Maha Pemurah, even kita tak sebut alhamdulillah or ingat nikmat yang Dia kasi pun, Dia still bagi kita macam macam nikmat. Kita je sombong and lalai bila dapat nikmat.

Ambik contoh jerebu sekarang. Dulu kemain tak suka kan kalau hujan. Kalau hujan je , mulalah merungut. Yelah, nak ke kelas susah. Basah, lopak. Baju basah, Kasut kuyup. Pahtu mulalah nak demam, selsema bagai. Sekarang, musim jerebu ni, kita mintak hujan. Mintak Allah basahkan bumi dengan hujan supaya reda jerebunya. Masa hujan turun, takde plak kita nak bersyukur. Kita kan, panas pun susah, hujan pun tak boleh , mendung pulak gatal nak tido..

Dan bila kita dapat elaun. Ha, time tu mulalah tak reti nak bersyukur. Kalau boleh nak habiskan semua riban riban yang ada. tapi kita tak reti pulak nak bahagikan. part berfoya foya 60%, makan 40%. memang habeslah duit tu. Kalaulah kita boleh ambik part sikit dari duit elaun yang diberi untuk sedekah ke. Tak mampu banyak takpe, at least ada part yang kita dah peruntukkan untuk bahagian saham akhirat kita. Ingat, setiap duit ataupun apa apa je milik kita sebenarnya ada bahagian untuk orang lain, bukan untuk kita. Sebab tu Allah adakan zakat, supaya kita tahu bahawa duit kita bukan duit kita secara mutlak. Bersedekahlah. Ingatan bersama.

Syukur ada 3 bahagian.
Syukur dengan hati.
Syukur dengan lisan.
Syukur dengan perbuatan.

Jom amalkan dan sama sama kita bahagia ! :)




Monday, June 24, 2013

Saya rinduuuu.

Posted by irnasofia at 1:07 AM 0 comments
Saya rindu semua orang. Kadang kadang mak yang kat sebelah pun saya rindu. Bila saya balik rumah hujung minggu, saya rindukan katil di maktab yang single dan membuatkan saya hanya mampu bergolek kiri dan kanan tanpa membuat putaran 360 darjah seperti rumah. 

Saya juga rindukan Puan Lulu si kucing gila yang saya selalu gaduh. Kucing tu amat meminati saya, tapi saya kurang gemarkan nya kerana perwatakannya yang gila. Bila dia melahirkan baby baby kucing 2 bulan lepas, saya yang bidankannya, potong tali pusatnya. Kan dah tertunai cita cita yang terkubur sepi nak jadi obstetrician tuu. Tak dapat manusia, kucing pun jadilah ! Kucing gila itu dirindui. Lulu, kalau tuan baru Lulu tu tak perasan, Lulu lari je rumah. Kesian anak anak u yang 3 ekor tu, takde mak. Sekarang ni Puan Ti yang menyusukannya. Kesian Puan Ti, kena susukan 6 ekor baby baby kucing. Balik ye Puan Lulu. I miss you. Oh, sumpah, ini sangat merapuu...Dan ada saya kesah ? huahua.

Saya rindu kawan kawan saya. Ahh. Semua kawan kawan saya yang saya kenal. Kalau boleh saya transformkan diri ni, hari hari saya pergi Nilai, Machang, Negeri Sembilan, Cyberjaya, Perak, Johor semua dalam satu hari, peluk peluk diorang. Saya rindu nak dengar diorang gelak gelak, buat lawak cerdik bodoh, buat muka hodoh comel, geletek geletek perut, sharing sad story sambil hembus hingus. Itu semua satu kerinduan.

Saya jugak rindu yang dah takde. Yang dah lama tinggalkan saya dan alam ni. Tok Ayah dan Che' saya. Tok Ayah saya yang tinggi perkasa, penggemar roti canai sentiasa. Hari hari datang rumah bawak air gas. Selalu larang dan nasihat kitaorang. Saya rindu saat bila saya dapat tengok muka dia bila saya ada kat rumah dia. Dan sekarang, rumah itu sepi. Nenek dah duduk KL. Rumah itu pun sepi. Bila ke sana pun untuk ambik duit rumah sewa, dengan sekeliling yang dah berubah. Semua rindu rindu pun kena cari disebalik lalang belakang rumah Tok Ayah. Saya juga rindu Che'. Ayah kepada ayah. Walaupun ingatan untuk dia sikit, sebab dia meninggal saya masih kecik dan comel, saya masih ingatkan habitnya yang selalu belikan bahulu selepas balik masjid untuk saya dan saya amat tidak menyukai bahulu. tapi saya masih ingat bahalu bentuk ikan yang selalu arwah belikan. Oh saya rindu !

Saya juga rindu yang masih ade, tapi takde. Saya rindukan musim saya berbunga bunga riang. Konon konon pada ketika itu sahaja ada saya dan dia. Ahh, itu dulu. Rindu itu boleh dibuang jauh jauh. Kalau masih rindu, itu normal. Saya tidak melawan fitrah saya. Rindu ada, tapi masih boleh dikawal. Rindu ada, tapi dalam proses menghilangkan rindu itu. Main jauh jauh ye. 

Saya masih rindukan teddy teddy saya yang amat banyak itu. walaupun saya rindu nak letak di katil saya, tapi apakan daya, jika disusun itu teddies, saya tidak mungkin mempunyai spot untuk tidur. Ianya akan diconquer oleh makhluk makhluk itu. Dalam banyak banyak teddies, saya namakan mereka satu persatu, tapi semua nama mereka saya dah lupa kecuali Bobo, teddy putih itu. Hasil semut semut mungkin. Bobo ? kelakar sungguh namanya *kepala terbayang Bobo nyanyi lagu Sayang* 

Saya rindu saat saya menyarung uniform sekolah, memenuhkan isi perut beg ngan buku buku yang bergelimpangan, menyesakkan bilik dengan buku buku masa sekolah. Rindu nak hafal surah, madah madah yang banyak sangat tu, then stress nak exam tapi mampu lagi bergossip sebelum masuk dewan. Haa. 

Saya jugak kenkadang rindu dengan makcik makcik kat hospital. rindu kat makcik ye, bukan rindu hospital. Rindu nak dengar kisah hidup orang yang berbeza. Yang buat saya rasa, Ya I should be grateful of my current life.

Saya jugak rindu nak berjoget joget riang di rumah. Bukan dilarang pergerakannya.

Saya jugak rindu nak makan segala jenis makanan yang wujud di muka bumi.

Saya rindu adik saya. Ketika diorang masih kecil dan comel. Ketika diorang masih comot dan masih comel. Sekarang, comot dan tak comel. noktah. sekarang pun saya tengah rindu adik adik saya yang nakal dan bising tul lebih lebih lagi si bongsuu.

Saya rindu saat saya sibuk dan saya takde masa nak pikir pasal apa apa. Saya suka bila saya sibuk, sebab ketika itulah saya tahu hidup saya bermakna. Ada tujuan hidupnya.

Saya rindu bila saya tak terlalu connected dengan alam maya. saya hanya menulis dan membaca. buat benda benda yang saya suka buat. menulis, membaca dan memasak. menggunakan segala masa yang ada. 

Saya rindu bila semua orang ada kat rumah. bila semua ada dan kami boleh duduk bersama adik beradik, bukan bila raya je. rindu bila semua duduk kat living room bawah , bising bising dan saya tak faham sepatah perkataan pun kat tv sebab keadaan yang bising.

Saya rindu suasana tarbiah maahad.

Ahh. Saya rindu semua benda. Benda hidup, benda mati, Benda separa hidup, benda hampir mati. Benda yang berperasaan, tak berperasaan mahupun konon konon perasan.

Dan yang paling penting,

Saya rindu .....
 

rain drops. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review